Suami Tahi Judi, Sanggup Nak Lacur Isteri

hubby

SUAMI syaitan. Itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki yang sanggup melacurkan isterinya sendiri kerana ingin melangsaikan hutang judi.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ayu, 37, sedih rumah tangganya semakin hancur apabila suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan itu terjebak bermain judi online semenjak dua tahun lalu.
Tambah Ayu, sebelum ini suaminya seorang yang bertanggungjawab dan penyayang, kini sanggup menjual kereta dan barang kemas miliknya.
hubby
Dia berubah 360 darjah dan menjadi seorang yang pemarah dan tamak semenjak mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di tempat tinggal lama mereka, Port Dickson, Negeri Sembilan, sehingga berubah menjadi ‘penagih judi,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Jelasnya, dia terdengar perbualan antara suaminya dengan rakan yang datang ke rumah mereka pada suatu malam ketika sedang membawa minuman untuk dihidangkan.
Saya terdengar perbualan mereka bahawa suami mahu menjual (melacur) saya, ketika itu saya yakin kehidupan saya hancur buat selama-lamanya.
“Saya sempat melarikan diri melalui pintu belakang dan bersembunyi di rumah jiran,” katanya.
Sehari selepas kejadian, dia kembali ke rumah bersama keluarganya untuk mengambil anaknya dan memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story