Gambar Gadis Aceh Dihukum Sebat Jadi Viral

39752CC800000578-0-image-a-1_1476713032158

BEBERAPA keping gambar memaparkan pihak berkuasa Aceh melaksanakan hukuman sebat kepada enam wanita atas melanggar undang-undang syariah wilayah, tersebar menjadi viral di media sosial.

Hukuman yang dijalankan semalam, di Masjid Baiturrahman di Kampung Kramat itu turut disaksikan beratus-ratus penduduk.3973AF3900000578-0-image-m-8_1476713097560
3973AEBF00000578-0-image-m-6_1476713081477
3973AF4E00000578-0-image-a-5_1476713066913
39752CC800000578-0-image-a-1_1476713032158
2016_02_15_684_1455511933._largeSelain wanita, tujuh lelaki turut disebat menjadikan jumlah pesalah 13 orang.
Kesemua mereka dihukum antara sembilan hingga 25 sebatan atas kesalahan tertentu.
Menurut media tempatan, antara kesalahan yang dilakukan mereka, termasuklah khalwat dan ikhtilat.
Sementara itu, hukuman kepada seorang wanita lagi ditangguh berikutan dia disahkan hamil.
Walaupun wanita berusia 21 tahun itu sudah berkahwin dengan kekasihnya namun hukuman tetap akan diteruskan.
Dia ditangkap bersama kekasihnya beberapa bulan lalu kerana berkelakuan tidak sopan.
Sementara itu, Timbalan Datuk Bandar Aceh, Zainal Arifin berkata, hukuman sebat itu bukan bertujuan menghukum dan memalukan pesalah.
“Hukuman ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua supaya menghormati undang-undang Islam,” katanya.
Sumber: The Jakarta Post




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story