GEMUK salah, kurus pun salah. Itu dilema yang dialami oleh model bersaiz besar, Rosie Mercado yang kini menjadi sasaran ‘aktivis gemuk’ selepas dia berjaya mengurangkan berat badannya dengan ketara.
Ibu kepada tiga anak yang berasal dari Las Vegas itu menerima pelbagai ugutan diterimanya hingga ke tahap menyuruhnya terjun bangunan selepas dia berjaya menurunkan saiz badan dari 34 kepada 12/14.
Ugutan berkenaan diterimanya daripada mereka yang menentang penurunan berat badan.
“Saya menerima surat-surat berunsur kebencian…tidak banyak daripada model bersaiz besar tetapi lebih kepada peminat yang bencikan saya kerana saya berjaya mengurangkan berat badan,’’ katanya.
Rosie yang kini mempunyai ukuran berat badan 77 kilogram memberitahu dia menyukai keadaan fizikalnya ketika ini walaupun berdepan dengan mereka yang berfikiran negatif.
“Saya rasa semua orang gembira dengan berat badan mereka. Ada yang suka gemuk, dan ada yang sebaliknya tetapi ia adalah pilihan peribadi dengan setiap pilihan yang diambil mempunyai baik dan buruknya,’’ kata Rosie.
Dia nekad untuk mengurangkan berat badan selepas terpaksa membeli tiket tambahan dalam penerbangan kerana tempat duduk yang ada dalam pesawat tidak muat untuknya. – Mynewshub.cc
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment