Adik Bongsu Mangsa Nahas Duke Didakwa ‘Pecah Amanah’


MASIHKAH anda ingat insiden kemalangan maut di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) yang mengorbankan tiga sekeluarga yang mendapat tumpuan meluas media massa pada Mei tahun lalu?

Dalam kejadian menyayat hati itu, pasangan suami isteri, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, bergelar anak yatim piatu.
pixx
FAIRUZ NIZAM HUSAIN DAN NOVA SAFITRI AZHARI SERTA ANAK BONGSU MEREKA, NUR FIRUZA ANNISA, TUJUH BULAN MAUT MENINGGALKAN DUA ANAK MEREKA, NUR FIRUZA AMIRA; 8, DAN NUR FIRUZA AQILA; 4, BERGELAR ANAK YATIM PIATU.

Kredit video:  Harian Metro
Namun, yang menjadi pertikaian hari ini ialah bila mana kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, telah mengadakan sesi sidang media mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’.
dp
MUHAMMAD FAIZZNUR ASYRAF HUSAIN
Ini kerana menurut Yusnida, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai terhadap dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Faizznur yang sebelum ini mewar-warkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga.
“Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).
“Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini,” jelas Yusnida.
Menurut Yusnida, Faizzur memberikan alasan wang sumbangan tersebut merupakan hak miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
“Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini,” ulasnya lagi.
Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.
“Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringit tidak dihantar untuk anak-anak ini.
“Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun,” luah Yusnida lagi yang ternyata kesal dengan perkara tersebut.
Sehubungan kes itu, Yusnida telah membuat laporan polis dan kes itu sedang disiasat oleh pihak Bank Negara. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story