‘Penyamun’ Sambut Hari Lahir Kanak-Kanak Tabika

'Penyamun' Sambut Hari Lahir Bersama Kanak-Kanak Tabika

SUDAH namanya penjenayah, tidak mengira tempat dan waktu apabila adanya peluang, pasti digunakan dengan sebaiknya.

Begitulah yang terjadi di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Perpaduan Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang apabila diceroboh seorang lelaki bersenjatakan pisau, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, dua guru bersama 25 kanak-kanak tabika sedang sibuk mengatur persiapan untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir bulanan.
Namun, keadaan menjadi kecoh apabila suspek ceroboh masuk melalui pintu hadapan tabika dan mengarahkan dua guru berkenaan menyerahkan barang kemas mereka.
Dua guru berkenaan diarahkan ke tandas dan menanggalkan barang kemas yang dipakai, namun murid yang berada di dalam tabika tersebut tidak dicederakan.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di luar tabika. Difahamkan, kedua-dua guru berkenaan kerugian RM2,500 susulan kejadian itu.- MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story