Kucing Masuk Studio Kini Jadi Bintang Media Sosial

Kucing Masuk Studio Kini Jadi Bintang Media Sosial

Tanpa disangka, seeokor kucing secara tidak sengaja telah menjadi bintang televisyen dan media sosial selepas ia merayau-rayau di dalam studio ketika rancangan “Good Morning Denizli” yang dihoskan oleh Kudret Çelebioğlu, disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen DRT, di Turki.
Pada mulanya kucing itu sesat dan berdiri di atas kerusi hingga mengganggu Kudret. Ia kemudiannya naik ke atas meja dan memandang kamera seolah-olah ia merupakan penyampai bersama rancangan terbabit.
Kucing itu kemudiannya duduk di atas komputer riba Kudret, yang ketika itu sedang membacakan tajuk-tajuk utama akhbar tempatan.
Pada masa sama Kudret memberitahu penonton terdapat tetamu yang mengejutkan di studio dan memaklumkan dalam keadaan cuaca sejuk itu, kucing tersebut sudah pasti lapar.
Menurut Kudret, orang ramai sepatutnya memberi makan dan menjaga kucing terbiar yang berada di jalanan. Dia kemudiannya meminta bantuan penolong pengarah studio untuk mengalihkan kucing terbabit dari studio.
Kucing tersebut telah diberikan nama Hüsnü dan dilaporkan telah dipelihara oleh salah seorang kakitangan stesen televisyen terbabit.
Hüsnü kini berjaya menjadikan pujaan hati netizen dan mereka turut memuji tindakan Kudret yang tidak menghalau kucing berkenaan sebaliknya membiarkan binatang itu duduk di atas komputer ribanya. – mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story