SUSULAN video seorang lelaki yang berang akibat pengawal keselamatan lambat membuka palang seperti yang diviralkan, kebanyakan netizen menghentam tindakan keterlaluan abang botak tersebut.

lol


Akibat insiden itu juga, pengawal tersebut dilaporkan patah sebatang gigi selepas ditumbuk individu berkenaan.



222
KESIAN….
Seorang pengguna Facebook, Tim Gong menyatakan: “Berapa marah pun, pukul orang adalah salah… Kita orang bertamadun… Kalau setiap kali marah pun pukul orang.. Jadi banyak orang saya sudah pukul.”.
Sementara itu, Yuzri Yusoff pula berkata: “Pihak syarikat kawalan keselamatan sila siasat dan lapor kepada pihak berkuasa agar kebenaran terbukti kerana mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bertugas.”
Dalam pada itu Krul Azreen Zainon turut memuat naik komen: “Jangan menyusahkan atau menyulitkan orang yang hendak masuk… Ada setengah tu suruh kita turun tulis nama.”
Bagaimanapun, seorang saksi yang berada ditempat kejadian tampil mengatakan pemandu Myvi itu telah memberikan kerjasama kepada pengawal terbabit, namun pengawal itu tetap enggan membuka palang dan dikatakan bersikap kurang ajar.
Saya di tempat kejadian, saya tengah lap cermin pondok pengawal, laki botak tu tak salah, dia dah kasi detail, tu semua tapi si bangla ni memang kurang ajar.
Sebelum kereta Myvi ni pun, ada kereta Saga, pun kurang ajar jugak, tapi kalau awek (wanita) yang masuk, dia menggatal, jadi jangan tuduh sebelah pihak, tak baik. Nasib baik saya tak pakai iPhone 7, kalau tak saya dah rekod, ada suara siapa yang salah,” tulis Shukex. -MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story