“Tahniah Trump Kita Serupa,” Kata Rodrigo Duterte

"Tahniah Trump Kita Serupa," Kata Duterte

KUALA LUMPUR – “Tahniah kepada Trump. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan Amerika) kerana Trump sudah menang,” kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Beliau yang sebelum ini ‘bermusuh’ dengan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan negara kuasa dunia itu mempertikaikan pelanggaran hak asasi manusia dalam perangnya menentang dadah.
Malah Duterte turut mengancam menamatkan perjanjian senjata dan latihan ketenteraan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump. Moga panjang umur.
“Kami berdua sama, suka maki hamun walaupun untuk benda kecil. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan AS) kerana Trump sudah menang,” katanya berucap kepada masyarakat Filipina ketika melawat Malaysia, hari ini.
Pemimpin kontroversi yang digelar ‘Trump di Timur’ kerana mulutnya yang celupar serta dan kadang kala berunsur lucah itu, menang besar dalam pilihan raya presiden Mei lalu, dan sering disamakan dengan watak Trump.
Semalam, Duterte memberitahu rakyat Filpina mengenai kemarahannya kepada Washington DC kerana mengancam menghentikan penghantaran bantuan serta melayan Manila tidak ubah seperti anjing diikat pada tiang.
“Cara mereka melayan kita seolah-olah kita masih dijajah.
“Anda tidak mahu beri bantuan? Pergi jahanam dengan kamu,” katanya mengulang kenyataannya kepada Presiden AS, Barack Obama, sebelum ini. – Reuters/myMetro Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story