WASHINGTON DC – Netizen media sosial kecoh susulan kemunculan foto mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton berbogel diurut seorang wanita muda yang pasti bukan isterinya, Hillary.
Dalam foto erotik berkenaan kelihatan bekas pemimpin AS itu tersenyum tanpa pakaian sedang duduk di hujung ranjang dalam sebuah bilik tidur sambil punggungnya dipicit manja oleh seorang wanita berpakaian agak seksi.
Tangan kiri “Bill” pula memegang alat kawalan jauh yang diarahkan ke skrin televisyen di depannya dan kebetulan menyiarkan pula wajah sang isteri ceria sedang sibuk berkempen pada pilihan raya presiden AS baru-baru ini.
Jangan terperanjat sebenarnya pemandangan itu bukan menggambarkan kejadian yang sebenarnya malahan beberapa media tempatan pada Rabu melaporkan, foto tersebut tidak lebih daripada hasil sebuah karya seni visual.
Ya, foto itu ialah hasil karya seorang jurufoto ternama dari Britain, Alison Jackson yang memang terkenal dengan hasil seninya ‘meniru’ susuk tubuh personaliti tertentu, dan kemudian dirakamkan dalam gaya luar biasa.
Dia sebelum itu pernah menghasilkan sebuah buku khas berisi pelbagai foto yang menggambarkan artis atau tokoh, bahkan Ratu Elizabeth II dan bakal presiden AS ke-45, Donald Trump, dalam gaya yang tidak dibayangkan akal.
Taikun hartanah itu menjadi ‘mangsa’ Alison akhir Oktober lalu di New York tetapi bukan dalam bentuk foto pegun sebaliknya memaparkan sekumpulan model berbikini beraksi ghairah dengan lelaki disolek khas seperti Trump.
Ia malah dilakukan di luar pekarangan Trump Tower sendiri yang menempatkan ibu pejabat kempen politik parti Republikan dan aksi ‘liar’ model terbabit turut berjaya menarik perhatian ramai di sekitar bangunan tersebut.
Kumpulan wanita seksi dengan mengenakan bikini bermotifkan bendera AS itu juga merangkul tubuh Trump yang memang terkenal sering mengenakan pakaian kelazimannya iaitu sut warna gelap dan tali leher merah terang.
Namun, lelaki yang muncul dengan rambut keemasan itu sebenarnya bukan Trump asli tetapi dilakukan orang lain dengan meniru aksi tipikal lelaki ‘nakal’ dalam rangka promosi siri karya foto seniman tersebut di seluruh AS.
Salah satu karya terkenal Alison ialah imej terkenal Marilyn Monroe melepas pakaian di depan bekas Presiden John F. Kennedy selain momen Ratu Elizabeth II mencuci piring dan aksi Presiden Barack Obama menghisap rokok.
Ironinya, meskipun foto Bill dengan wanita seksi di dalam kamar itu disahkan adalah palsu, namun gambar tersebut berjaya mengundang ‘heboh’ apabila ramai pengguna media sosial di AS menyangkakan ia adalah imej sebenar.
Kebanyakan netizen beranggapan bahawa foto itu ‘dibocorkan’ pihak tertentu kepada umum sebagai taktik kotor untuk mencemarkan maruah Hillary setelah tewas mengejut kepada Trump dalam pilihan raya presiden AS.
Komentar-komentar di media sosial susulan penyebaran gambar tersebut turut memberi gambaran Bill kembali kepada perangai ‘gatal’ kerana semasa menjadi presiden, beliau pernah terpalit skandal dengan pembantunya.
Hakikatnya baik Bill, mahupun wanita di kamar itu ialah model profesional yang diupah oleh Alison sebagai mana karya-karya hebat beliau sebelum ini tetapi disalah faham sebagai foto tulen. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment