NEW YORK – Pengguna tren bawah tanah Subway di New York City kini ada cara unik meluahkan perasaan terhadap isu politik semasa tanah air tanpa perlu mengadakan tunjuk perasaan ganas.
Mereka sebaliknya cuma perlu menyuarakan sentimen pro atau kontra atas kemenangan mengejut Donald Trump sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan tampal nota kecil di dinding stesen kereta api di 14th Street.
Sejak lewat Khamis, tinjauan media tempatan mendapati tidak kurang daripada 3,000 pesanan dilekatkan dan jumlah itu dicapai hanya dalam waktu 24 jam setelah diwujudkan seorang pakar terapi Subway, Matthew Chavez.
Dia membuka sebuah meja kecil dengan disediakan pen dan kertas nota berwarna-warni untuk pengguna menulis luahan itu tidak menyangka menerima sambutan hangat waima dikenakan bayaran AS$2.75 (kira-kira RM12.10).
Seperti dijangka, perkhidmatan ‘terapi Subway’ itu menerima respons luar biasa daripada ramai penyokong Hillary Clinton di sebalik ada juga pengguna yang menyebelahi Trump turut meluahkan ucapan tahniah kepada jutawan itu.
Sebenarnya Chavez sudah memperkenalkan sesi terapi berkenaan yang diberi nama Post-it sejak enam bulan lalu khusus meringankan tekanan yang dialami ramai penumpang tren di kota raya terbesar negara Uncle Sam itu.
Bagaimanapun, ia kembali menjadi tumpuan susulan keputusan dramatik pilihan raya presiden AS pada Selasa lalu yang menyaksikan secara purata setiap hari lebih 15,000 pengguna Subway lazimnya lalu-lalang di stesen tersebut.
“Saya berasa penduduk AS terlalu ‘panas’ jika membicarakan isu besar, mereka tidak ingin berbual dengan orang lain, mereka hanya memerlukan tempat betul untuk melampiaskan emosi dalaman secara positif,” terang Chavez.
Di meja yang dibuka tidak jauh dari tembok tersebut, beliau meletakkan lembaran Post-it di samping tulisan ‘E-X-P-R-E-S-S Y-O-U-R-S-E-L-F’ atau luahkan diri anda di atas dinding berkenaan untuk pengguna menampal nota.
“Ini luar biasa,” jelas seorang wanita berusia 33 tahun bernama Andrea Recarte, yang berasal dari Chile. “Dia beri kesempatan kepada kami untuk tertib ungkap perasaan tetapi tidak mampu bersuara menerusi platform lain.”
“Kami memerlukan medium luahan yang sihat, dan tulisan dalam bentuk kesenian ini merupakan cara yang paling sihat selama ini saya rasakan,” kata Terena Bell, seorang pekerja swasta yang berasal dari Kentucky, Louisville.
Dalam nota Post-it-nya, lelaki itu menulis, ‘Donald Trump, I’m praying for you’ atau ‘Donald Trump, saya berdoa untuk anda’ sebagai menzahirkan harapan agar presiden AS yang ke-45 itu berjaya menggantikan Barack Obama.
Namun Steph Hui, 27, seorang jurusolek di Ridgewood, Queens, meragui kaedah itu tetapi teruja kerana ia berjaya mengubah suasana laluan stesen Subway tersebut tidak dicemari imej contengan grafiti jelik oleh budak nakal.
Ada juga nota yang meluahkan ungkapan ‘Apakah saya satu-satunya orang yang ketakutan?’, ‘Saya mendambakan pelukan’ dan ‘Saya marah’ sekali gus menyaksikan pengguna Subway berjaya memanfaatkan ruang disediakan itu.
Chavez menjelaskan dia dapat idea terapi unik itu awal tahun lalu dan tidak menduga perkhidmatan ditawarkan untuk pengguna menjadikan koridor menuju ke stesen Union Square lebih ceria! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment