Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!

Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Undi Trump, Bukan Clinton!

WASHINGTON DC – Kemenangan besar Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada Selasa lalu menewaskan calon kegemaran ramai, Hillary Cinton memang mencetuskan pelbagai tanda tanya besar.

Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir kesemua akhbar di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka menyatakan pendirian sebagai anti-Trump, jutawan hartanah itu mampu lagi menang selesa.
Dengan meraih 306 undi electoral college atau perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69, memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri iaitu menang bergaya tanpa publisiti positif.
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden AS sejak merdeka kerana dari segi populariti pengundian, Clinton menerima 59,923,027 kertas undi dibandingkan Trump sendiri hanya 59,692,974 kertas undi.
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi popular, tetapi mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya, British iaitu jumlah teramai perwakilan dalam dewan sebagai penentu calon pemenang!
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa agensi berita antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independent mendedahkan rahsia kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!
Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’ kenyataan dan video ucapan beliau pada 7 Disember 2015 yang dimuatkan menerusi laman web rasmi hartawan itu beberapa hari sebelum pengundian.
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS susulan serangan maut pengganas di Perancis ketika itu.
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman web rasmi Trump dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas menerusi media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah secara senyap pula untuk mengundi wakil Republikan.
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’ Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.
Inilah Rahsia Muslim AS Tiba-Tiba Beralih Undi Trump!
Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln yang terkenal memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari benua Afrika termasuk ketika dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada memiliki kilang arak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak kecil lagi sekali gus menarik minat umat Islam ‘berpaling tadah’ mengundi Republikan.
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar luar AS selama ini ‘suka’ campur tangan isu konflik dalaman Timur Tengah.
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja Abdallah Hussain; Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas.
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim; Pemimpin Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, hanya masa dapat ‘jawab’ bagaimana gaya pentadbiran Trump setelah mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan untuk tempoh empat tahun akan datang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story