Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab

SELEPAS Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, beberapa wanita Islam Amerika yang meluahkan rasa ketakutan ke atas keselamatan mereka ketika memakai hijab.

Sesetengah umat Islam di AS memberi respon mereka terhadap komen menghina Trump mengenai agama Islam serta cadangan pengharaman kemasukan pendatang Islam, menerusi media sosial seperti Twitter.
Ketakutan Muslim di AS juga tidak hanya terhad kepada penghapusan identiti mereka sebagai umat Islam, tetapi juga polisi-polisi Trump yang lain seperti isu pengharaman mengugurkan janin dan kebajikan pelarian.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
“Trump menang – sepupu saya mungkin dihantar pulang, saya takut untuk memakai hijab, wanita dihukum kerana menggugurkan kandungan, pelarian Syria menderita,” kata seorang wanita, @tyzilla di akaun Twitter miliknya.
Apa yang lebih meruntun jiwa, dakyah-dakyah Islamofobia dan perkauman Trump itu seakan-akan menjadi satu kaedah untuk melakukan brainwash ke atas pemikiran kanak-kanak dan generasi muda.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @lxmyaaa“Adik saya berumur 8 tahun hanya memberitahu saya dia takut untuk menjadi Muslim. Luahannya mematahkan hati saya. Saya sedang menangis. Usahlah berkata bahawa kata-katanya tidak bermakna.”
Kerisauan melampau umat Islam di sana juga turut menjadikan segelintir daripada mereka berfikir secara tidak rasional, sehingga tergamak meninggikan suara kepada isteri semata-mata tidak mahu wanita itu menutup auratnya.
Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab
“Suami saya menjerit kepada saya kerana memakai tudung. Dia menjadi takut secara tiba-tiba dan merayu kepada saya untuk tidak memakai hijab kerana terlalu risau saya akan dicederakan,” kata @mariyamkhalaf.
Wanita berkata mereka takut bahawa hijab yang dipakai akan memberi impak kurang baik kepada kepercayaan mereka.
Malah, ada wanita yang bercadang untuk tidak memakai hijab mereka oleh kerana terlalu tertekan akan kemungkinan untuk diserang.
Namun, masih ramai wanita Islam yang kuat semangat dan berkata bahawa kemenangan Trump itu tidak menghalang mereka daripada terus menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story