Mata Lebam, Tulang Patah… Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba

Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba

GILA punya tunang! Belum pun sah menjadi suami sudah berani ‘naik tangan’ menyakiti bakal isterinya sendiri.

Demikian nasib malang yang menimpa seorang gadis yang cedera teruk ditumbuk dan dibelasah oleh tunangnya sendiri di hadapan rumahnya di Damansara, Selangor, Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam itu, mangsa, Natasha Shareena Hairil Anjar, dikatakan sedang berbincang dengan tunangnya.
Bagaimanapun, berlaku sedikit salah faham sebelum dia ditumbuk secara tiba-tiba di mata dan beberapa bahagian lain.
Berikutan itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu membuat laporan polis berikutan takut akan keselamatannya.
Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba
“Berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan tunang saya secara tiba-tiba terus tumbuk mata sebelah kanan, di bahagian bahu kiri, bahagian bibir dan paha kaki kiri.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu,” katanya seperti yang tertera dalam kenyataan laporan polis.
Selepas insiden itu, mangsa memberitahu, dia kemudian dibawa oleh tunangnya, Mohd. Zulhairi ke Hospital Ampang Puteri sebelum doktor mengesahkan tulang di bawah matanya patah dan ada pendarahan dalam mata.
Difahamkan, Mohd. Zulhairi kini melarikan diri susulan insiden itu.
Mata Lebam, Tulang Patah... Ditumbuk Tunang Tiba-Tiba
Sementara itu, abang mangsa menerusi akaun Facebooknya, Boy Haru, memuat naik gambar kesan kecederaan adiknya dipukul, seterusnya meminta bantuan orang ramai mencari lelaki tersebut.
Posting itu sekali gus menjadi viral dan membuatkan netizen marah terhadap keganasaan yang menimpa gadis berkenaan. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story