Tetamu Bermalam Dalam Bilik Dengan Mayat Disembunyi

Tetamu Bermalam Dalam Bilik Dengan Mayat Disembunyi

MENGERIKAN… Bayangkan tetamu di sebuah hotel di Mexico City telah bermalam di sebuah bilik tanpa menyedari di bawah katil mereka terdapat mayat wanita yang dibalut dengan plastik hitam.
Ia hanya disedari selepas kakitangan hotel El Senador menghidu bau busuk dan selepas melihat di bawah katil, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapat terdapat mayat di bawahnya.
Mereka kemudiannya melaporkan penemuan mengejutkan di dalam bilik 323 kepada pihak pengurusan yang kemudiannya menghubungi polis.
Pasukan kecemasan yang mula-mula tiba di tempat kejadian mengesahkan wanita itu berusia antara 25 hingga 30 tahun. Sementara koroner pula kemudiannya melaporkan wanita itu mati akibat kelemasan.
Dia dipercayai meninggal dunia seminggu lalu.
“Sepanjang tempoh itu, beberapa orang telah mendaftar masuk dan keluar dari bilik berkenaan tanpa menyedari terdapat mayat di bawah katil,’’ kata jurucakap hotel berkenaan.
Staf di hotel tersebut juga mengesahkan bahawa mangsa menginap di bilik berkenaan bersama teman lelakinya namun identiti mereka masih misteri, apatah lagi tiada kamera CCTV dipasang di situ. – Mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story