PIHAK pengurusan Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengesahkan nombor akaun CIMB Bank yang tular menerusi media sosial adalah nombor akaun rasmi mereka.
Wakilnya, Mohamad Affandi Hamzah mengesahkan perkara itu susulan pihaknya menerima banyak aduan daripada beberapa pihak memberitahu konon nombor akaun itu adalah palsu.
“Nombor akaun 8602299587 atas nama Darul Quran Ittifaqiyah adalah benar akaun rasmi kami. Memang nombor akaun itu benar tapi kami tidak pernah minta bantuan dan sumbangan daripada sesiapa.
“Namun kalau ada pihak yang hendak derma, kami tetap terima,” kata Mohamad Affandi.
Beliau yang merupakan kerani tahfiz berkata, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pengesahan nombor akaun pusat tahfiz berkenaan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin membantu kami termasuk orang awam, persatuan dan NGO dari luar Kuala Lumpur yang sanggup datang ke sini,” katanya. – Bernama
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
LONDON – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May di 10 Downing Street di sini, Khamis.
Pertemuan Najib dengan May diadakan pada minggu sama pemimpin Malaysia itu mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di White House pada Selasa.
Najib tiba di 10 Downing Street, kediaman dan pejabat rasmi perdana menteri Britain itu, pada 5.05 petang waktu tempatan Khamis (1.05 pagi waktu Malaysia).
Ketibaan Najib disambut mesra oleh May dengan kedua-dua pemimpin itu saling berjabat tangan sambil jurufoto dan jurukamera merakam gambar mereka.
Ini disusuli dengan sesi memperkenaIkan anggota delegasi di hadapan Front Hall di alamat London yang terkenal itu.
Najib diiringi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Najib berlepas ke London dari Washington DC selepas melakukan lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat atas undangan Trump.
Pemimpin Malaysia itu berlepas pulang ke tanah air selepas pertemuannya dengan May. – Bernama
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – “Trauma, tak tahu nak kata apa bila tiba-tiba seorang daripada anak-anak tahfiz itu jatuh depan mata saya, seorang lagi di belakang saya,” kata seorang saksi paling awal yang tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini ketika pusat itu sedang dijilat api awal pagi tadi.
Ahmad Tirmizi Abdul Hamid, 46, sebak menceritakan detik yang tidak mampu digambarkan itu selain tidak menyangka beliau akan berdepan tragedi tersebut sebaik tiba di surau Al Madrasatul Ittifaqiyah yang terletak bersebelahan pusat tahfiz itu kira-kira 5.30 pagi tadi untuk solat subuh.
Beliau yang tinggal tidak jauh dari pusat tahfiz itu berkata ketika hendak berwuduk, beliau terlihat cahaya terang dari arah bangunan pusat tahfiz berkenaan, bagaimanapun tidak menyangka sesuatu yang pelik sedang berlaku.
“Sebaik selesai berwuduk saya pergi intai dari pagar surau ke kawasan asrama (bersebelahan surau). Saya terdengar anak-anak tahfiz menjerit … panas-panas…api-api…. Baru saya sedar ada kebakaran. Saya menjerit pada mereka agar keluar, segera turun sambil saya cuba mendapatkan alat pemadam api dari dalam pejabat tetapi gagal kerana pintunya berkunci.
“Saya cuba merempuh pintu pejabat tetapi gagal. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa lagi. Ketika cuba menghampiri perkarangan pusat tahfiz itu langkah saya terhenti apabila seorang daripada anak itu jatuh betul-betul depan mata saya, seorang lagi jatuh di belakang saya dengan api membakar badan mereka,” katanya kepada Bernama.
Ahmad Tirmizi berkata dengan bantuan seorang lagi penduduk yang juga datang bersolat di surau itu, mereka cuba memadamkan api pada badan kanak-kanak itu dengan kain basah.
“Pada masa itu saya langsung tak boleh fikir apa-apa lagi. Dalam masa sama saya juga risau dengan nasib anak-anak tahfiz yang lain yng berada di tingkat atas. Dalam hati, saya tidak putus-putus berdoa agar lebih ramai penduduk menyedari kejadian itu dan turut datang membantu.
“Sebelum bomba sampai, memang penduduk cuba bantu, tapi semuanya berlaku dalam sekelip mata, api makin besar dan kami juga turut terasa panas bahang api yang marak serta terhidu asap tebal kebakaran,” jelasnya.
Ahmad Tirmizi berkata beliau tidak mampu untuk mengingati lebih lagi tentang kebakaran yang berlaku kerana terlalu sedih kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan lebih ramai pelajar yang terperangkap di tingkat atas bangunan itu.
Kebanyakan jemaah surau berkenaan yang ditemui Bernama turut melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tragedi memandangkan anak-anak pusat tahfiz berkenaan sering mengimarahkan surau itu dengan gelagat mereka yang sopan dan mesra dengan semua orang.
Lebih 300 penduduk kawasan berhampiran serta waris mangsa memenuhi ruang surau berkenaan untuk bersolat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mengadakan majlis bacaan Yassin.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran itu yang berlaku 5.15 pagi. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Institut Perubatan Forensik (IPFN), Hospital Kuala Lumpur diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sekitar jam 4 petang tadi.
Zahid bersama Asyraf melawat keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat awal pagi tadi.
Menurutnya, semua pusat tahfiz perlu mengambil berat tentang soal keselamatan premis dan mematuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku.
“Saya ingin ulangi bahawa kita ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan ini harus diikuti walaupun sementara (sedang dirangka). Ciri-ciri keselamatan yang digunapakai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mesti diikuti,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak bomba telah menyediakan latihan kebakaran untuk pusat-pusat tahfiz.
Beliau yang juga melakukan tinjauan di Unit Forensik HKL itu berkata, pengecaman mayat sedang dijalankan.
“Saya telah melakukan tinjauan di Unit Forensik untuk melihat DVI (disaster victim identification).
“Pengenalan mangsa sedang dijalankan menggunakan elemen DNA,” katanya.
Dalam pada itu, pihak kerajaan juga akan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa sehingga peringkat pengebumian selesai. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
DALAM kesedihan rakyat Malaysia terhadap tragedi kebakaran tragis melanda pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, namun masih ada juga segelintir netizen tak senang duduk dan langsung tiada rasa berperikemanusiaan di dalam diri mereka.
Mana tidaknya, dalam semua kita masih terkejut akan berita tragik ini, ada pula netizen mulut longkang dengan selamba mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dan tidak sensitif.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh individu ini sememangnya tidak menghormati keluarga mangsa dan lebih-lebih lagi mangsa kebakaran itu sendiri.
Apalah dosa anak-anak syurga berkenaan pada mereka ini sehinggakan mereka sanggup berkata sedemikian.
Mungkin niat mereka ialah untuk mendapatkan perhatian percuma daripada netizen yang lain.
Perkara macam ni tak ada siapa yang dapat jangka. Kita sebagai manusia biasa langsung tak punyai kuasa untuk mengelak daripada perkara yang sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.
Sedangkan keluarga mangsa sendiri masih lagi bersedih, mereka ini dengan selamba sahaja bercakap macam perkara yang menimpa mangsa itu hanya perkara kecil.
Pihak polis juga masih lagi menjalankan siasatan tetapi individu ini sudah ‘pandai’ mengeluarkan kenyataan ‘bijaknya’ yang tersendiri. Sungguh memalukan!
Ada pula seorang lagi memuat naik posting di akaun Facebooknya yang menghina anak-anak syurga yang terkorban ini. Mana perginya rasa perikemanusiaan sesama manusia?
Kalau ya pun tak ada ahli keluarga anda yang terlibat, sekurang-kurangnya hormat lah keluarga mangsa. Bila dah tular, mula lah dipadam akaun Facebook tersebut. Takut dikutuk agaknya?
Tak cukup dnegan itu, individu tersebut juga telah memuat naik gambar jenazah mangsa yang rentung. Sudahlah anda tak hormat dengan keluarga mangsa, aib mangsa pula anda sebarkan! Manusia apakah ini?
Sanggup membuka aib mangsa semata untuk mendapatkan perhatian atau macam mana? Yelah, sekarang ni kalau nak dapat publisiti memang senang. Tapi cara yang anda lakukan ini sangat salah sama sekali!
Dalam hal ni kita tak boleh salahkan pihak sekolah sendiri. Pihak polis pun masih lagi menjalankan siasatan dan dikatakan dua hari lagi barulah akan keluar kenyataan daripada pihaik berkuasa mengenai punca utama yang menyebabkan kebakaran ini berlaku.
Jadi buat para netizen semua, kalau anda tiada benda elok yang ingin dikatakan, lebih baik anda mendiamkan diri. Ianya bukan sahaja perbuatan yang terkutuk, malah ianya juga menunjukkan diri anda itu kurang bijak!
Sama-sama kita doakan agar semua urusan pengebumian dan pengecaman jenazah berjalan dengan lancar hendaknya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden dilaporkan terkorban dalam insiden kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Bukit Keramat pada pukul 5:45 pagi tadi.
Manakala enam orang pelajar yang lain dikatakan dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, anggota bomba yang bergegeas ke tempat kejadian berjaya menyelamatkan seramai 14 orang pelajar manakala empat orang guru yang lain telah berjaya menyelamatkan diri.
“Kesemua 24 orang mangsa telah ditemui di tingkat dua bangunan sekolah itu.
“Ini adalah kiraan badan semasa dan kami masih mengesahkan jumlah mayat yang meninggal dunia ketika ditemui,”kata Amar ketika ditemui oleh pemberita NST di tempat kejadian.
Beliau juga menambah bahawa hanya ada satu sahaja pintu masuk ke sekolah tersebut dan punca kebakaran masih lagi disiasat.
Jumlah penghuni sekolah tahfiz ini ialah seramai 36 orang pelajar. –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi tadi menyaksikan hanya 14 murid dan empat guru berjaya diselamatkan.
Menurut sumber bomba, pihaknya dimaklumkan kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi namun mereka menerima maklumat lebih kurang pukul 5.41 pagi dan pasukan pertama dari Keramat tiba di situ sekitar 5.52 pagi.
Setakat ini, maklumat awal daripada pihak pengusaha pusat pendidikan berkenaan mengesahkan terdapat 36 orang penghuni lelaki belajar di situ dengan mereka pula berusia lingkungan antara 13 tahun hingga 17 tahun.
Urusan pemadamam kebakaran mengambil masa sekitar satu jam dan operasi berjaya ditamatkan lebih kurang jam 8 pagi. Bomba kemudian menemui 22 mayat pelajar terbabit dan dua orang dewasa dalam keadaan rentung.
Mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri akibat tingkap berjeriji dengan hanya ada satu pintu akses yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar dan ada terpaksa nekad melompat tinggi dari tingkat atas premis.
Sewaktu kejadian, api dikatakan marak dan berlaku dekat pintu keluar masuk. Punca insiden masih disiasat pihak bomba namun siasatan awal menunjukkan ia mungkin akibat litar pintas. – Mynewshub.cc/ Amy
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – “Panas…panas…abang tolong panas!” Jeritan pelajar tahfiz itu terngiang-ngiang di ingatan Shahirman Sharil yang menyaksikan sendiri kebakaran di pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, di sini awal pagi ini.
Shahirman, 39, yang tinggal berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, berkata beliau mendengar jeritan para pelajar pusat tahfiz itu kira-kira 5 pagi.
“Saya lihat keadaan di luar masih gelap kecuali api yang marak di tingkat tiga pusat tahfiz itu. Saya bersama penduduk lain cuba bantu mengeluarkan mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Shahriman, beliau dan jiran-jiran kemudiannya mengarahkan beberapa pelajar terjun dari tingkat tiga.
“Kami cuba menyambut mereka, ada yang melecur. Kami cuba bantu apa yang perlu sebelum menunggu ketibaan bomba untuk memadam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan,” katanya.
Seorang lagi saksi, kata Hazin, 69. berkata: “Mangsa menjerit minta tolong dari dalam asrama namun asap tebal dan api marak menyukarkan kami untuk membantu mereka.”
Menurutnya, ketika itu dia sedang nyenyak tidur dan jeritan kuat menyebabkan dia terjaga dan berlari ke pusat tahfiz tersebut untuk menghulurkan bantuan.
“Saya cuba mencari jalan untuk masuk ke pusat tahfiz itu namun pintu gril berkunci hingga saya tidak mampu melakukan apa-apa.
“Bukan saya seorang sahaja, ada beberapa lagi jiran tetaangga yang menghulurkan bantuan dan kami sedaya upaya mencuba untuk memadamkan api kebakaran sebelum pihak bomba sampai,” ujarnya.
Dalam kejadian itu, kira-kira 24 mangsa termasuk dua guru dipercayai maut akibat terhidu bau asap tebal.
Kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi.
Malah, difahamkan kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan dan kira-kira 24 mayat telah dikeluarkan manakala tujuh lagi yang terselamat cedera.
Sementara itu, seorang lagi saksi Nurhayati Abdul Halim, 46, berkata, dia hanya mampu menangis melihat kejadian itu memandangkan dia tidak mampu berbuat apa.
“Ahli keluarga saya menelefon pihak bomba bagi mendapatkan bantuan. Saya sangat terkejut dan kaku melihat kejadian itu kerana berlaku pertama kali di depan mata saya.
“Suara mereka meminta tolong masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiran kerana mereka agak rapat dengan saya memandangkan asrama tersebut terletak di depan rumah saya,” ujarnya.
Setakat 10.30 pagi, seramai 22 pelajar dan dua guru dilaporkan maut dalam kebakaran di pusat tahfiz.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, dalam kejadian itu, enam pelajar dan seorang orang awam juga cedera. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
PETALING JAYA – Pengarah filem Ahmad Idham tidak melatah dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video lucah di laman sosial kerana ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.
Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkata, penggunaan media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.
“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.
“Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak… rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,” ujarnya kepada mStar Online.
Laman sosial Twitter pengarah filem itu yang didakwa ‘like’ akaun pelakon lucah.
Ahmad Idham diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan yang mendakwa kononnya dia kantoi menonton video lucah apabila tindakannya meletakkan tanda suka (like) disedari netizen pada salah sebuah video berkenaan di laman sosial Twitter.
Sementara itu, Ahmad Idham berkata, dia juga tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya dengan tujuan tersebut.
“Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.
“Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, dia meminta agar orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan atau faedah.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
WASHINGTON DC – Kata orang bijak pandai: ‘Biarlah gambar berbicara.’ Namun foto ini yang turut disiarkan luas media antarabangsa tentunya menyebabkan pembangkang Malaysia kecewa habis!
Detik kemesraan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lobi White House di sini pada Selasa nyata cukup mengejutkan pelbagai pihak di seluruh dunia sendiri.
Ia tentu mengecewakan kalangan yang berusaha bersungguh-sungguh hingga ke saat akhir memutar belit menerusi pelbagai cara termasuk media di AS memperlekehkan pertemuan penting dalam hubungan kedua-dua negara itu.
Trump malahan turun menyambut sendiri ketibà an Najib menaiki sebuah kenderaan rasmi tetamu negara pada pukul 11.45 pagi (11.45 malam waktu Malaysia) di pintu masuk West Wing gedung tersebut yang dikawal ketat.
Sebaik sahaja keluar dari kereta tersebut dan bersalaman, Trump yang sentiasa mengukir senyuman kemudian memperkenalkan setiap anggota pentadbiran Kabinetnya seorang demi seorang sebelum Najib dibawa masuk.
Mereka seterusnya mengadakan pertemuan empat mata di Oval Office iaitu ruang eksklusif pejabat Presiden AS bertugas sebelum diikuti dengan mesyuarat penuh delegasi antara kedua-dua negara dalam Cabinet Room.
Ini berbeza ketika era bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad bertemu George Bush, sudahlah terpaksa melobi ejen, bahkan tidak dijemput pun di pintu kereta dan staf White House juga tidak berbaris untuk diperkenalkan.
Najib ketika ini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke ibu negara kuasa besar dunia itu atas undangan Trump sempena menyambut ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Washington DC-Putrajaya sejak 1957.
Najib menyifatkan perbincangan dengan Trump sebagai “pertemuan yang positif dan mesra”. Dua pemimpin itu gembira berjabat tangan beberapa kali dan memaut lengan masing-masing semasa berjalan masuk dan keluar.
“Kali terakhir kami berjumpa beberapa tahun lepas, kami bermain golf satu pasukan. Ia pertemuan yang berjaya kerana pasukan kami menang. Perbincangan kami tadi banyak tertumpu kepada hubungan kedua-dua negara.
“Ia boleh berjaya dengan kerjasama erat,” katanya pada jamuan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perniagaan AS di Hotel St. Regis. Trump, tokoh perniagaan dilantik sebagai Presiden AS pada 20 Januari lalu.
Tidak sampai setahun berada dalam pentadbiran, Trump memberikan penghormatan kepada Najib dengan jemput beliau hadir ke White House; layanan istimewa yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana ketua negara.
Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya hantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.
“Trump diingatkan seorang pegawainya mengenai perkara itu tetapi beliau memberitahu akan iringi Najib sehingga ke tingkat bawah untuk ucap selamat jalan, Trump berkata beliau (Najib) sahabat saya,” menurut pegawai tersebut.
Delegasi Malaysia terdiri antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke AS, Tan Sri Zulhasnan Rafique.
Turut serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Delegasi AS pula Naib Presiden, Mike Pence dan Setiausaha Negara, Rex Tillerson.
Barisan kepimpinan utama AS ketika pertemuan di White House itu dikatakan jelas mengambarkan bagaimana kuasa besar tersebut memberi perhatian penting dalam hubungan dengan kerajaan Malaysia diterajui Najib.
“Kita perlu mengembalikan tahap interaksi kerana terdapat peluang besar bagi kedua-dua negara untuk meneroka lebih luas dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat,” kata Najib.
Bernama yang membuat liputan tersebut melaporkan perdana menteri berkata tahun lalu sahaja, syarikat-syarikat AS membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada AS$1 bilion, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.
AS merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah FDI bernilai RM36 bilion atau AS$8.5 bilion. Sepanjang tahun lepas, perdagangan antara Malaysia dan AS hanya berjumlah hampir AS$33 bilion.
Hadir sama pada jamuan itu ialah Presiden Majlis Perniagaan AS-ASEAN, Alexander Feldman; Naib Presiden Kanan Dewan Perniagaan AS Sektor Asia, Tami Overby dan Duta Besar AS di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.
Apa yang pasti, pertemuan bersejarah Trump-Najib ternyata ‘mematikan’ tohmahan jahat pembangkang Malaysia selama ini mendakwa konon perdana menteri akan ditangkap CIA, FBI, DoJ di AS! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
SYDNEY – Seorang doktor imunologi di New South Wales, Australia dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melakukan puluhan kes pencabulan seksual yang serius.
Dr. Jeremy Michael Stafford Coleman itu melibatkan 66 dakwaan perbuatan tidak senonoh termasuk melakukan pemeriksaan faraj dan lubang dubur atas alasan seksual, bukan perubatan, menurut stesen tempatan ABC News.
Mahkamah daerah dimaklumkan, perlakuan itu dilakukan Coleman selama 20 tahun sehinga 2013 lalu di kliniknya di Newcastle dan Kanwal tetapi peguam belanya, Pauline David mempertahankan ia dibuat atas faktor perubatan.
“Saya ingin saya tegaskan dalam perbicaraan ini bahawa tindakannya disebabkan alasan perubatan. Satu-satunya alasan memegang bahagian sulit dan kemaluan pesakitt wanita itu adalah kerana faktor tersebut, bukan seksual.
“Meskipun ketika ini cara kerjanya dalam amalan praktik doktor sehari-hari adalah canggih, namun pendekatannya adalah perlu melihat sistem kerja anatomi tubuh secara keseluruhan untuk kesan masalah sebenar,” dalih David.
Beliau seterusnya menyatakan, pelbagai pertanyaan sensitif mengenai kehidupan seksual setiap pesakit itu pula adalah persoalan yang wajar dan ada alasan kuat untuk melakukan pemeriksaan secara fizikal langsung di tubuh.
Pihak pendakwaan, Paul Marr dalam perbicaraan itu menyatakan bahawa Coleman tidak memiliki alasan perubatan yang jelas dalam memeriksa pesakit malah beberapa tindakan dilakukan tanpa mengenakan sarung tangan.
Marr mengatakan, Colemen pada kebiasaannya akan memulai sesi konsultasi dengan bertanya masalah alergi yang dialami oleh pesakit, dan kemudian perbincangan beralih pula kepada permasalahan seksual wanita terbabit.
“Bukti menunjukkan, tidak ada pesakit yang melawan, kerana mereka melihat Coleman sebagai seorang pakar,” kata Marr. Pendakwaan menyatakan, pemeriksaan bahagian dalam itu tidak perlu dan di luar pemeriksaan yang wajar.
“Beberapa laporan mangsa menggambarkan pemeriksaan itu kasar, menyakitkan dan sangat tidak menyedapkan pesakit sendiri,” kata Marr serta menuduh Coleman memperhatikan pesakit perempuan menanggalkan baju.
DR. JEREMY MICHAEL STAFFORD COLEMAN
Tertuduh juga melakukan pemeriksaan tanpa memakai jubah doktor berwarna putih dan di atas katil tanpa cadar. Pendakwaan mengatakan, Coleman pernah meminta pesakit untuk tonggeng ketika diberikan ubat hidung.
“Dia dakwa konon doktor sebelum itu menggunakan ubat tersebut dengan cara yang salah. Coleman menjelaskan mereka harus tonggeng punggung, dengan lubang dubur di atas sebelum melakukan proses sedutan hidung.
“Disebutkan bahawa hal tersebut konon akan membantu proses rangsangan nafsu suami mereka sendiri apabila wanita itu berada dalam posisi berkenaan ketika melakukan aksi persetubuhan di atas ranjang,” jelas Marr.
David dalam pada itu mengakui bahawa Coleman kadang-kadang ada meminta pesakit perempuan untuk menonggeng dengan kedua-dua tangan di lantai sebelum memberikan mereka sejenis ubat sedutan hidung.
Bagaimanapun pegua bela itu mengatakan bahawa apa yang dilakukannya kliennya bukanlah hal keterlaluan: “Ini adalah posisi yang tepat. Mungkin kelihatan aneh atau lucu, namun ini dilakukan atas alasan perubatan,” jelasnya.
David juga membantah bahawa anak guamnya itu turut mengalami ketegangan batang zakar ketika menangani pesakit terutama yang seksi, bahkan mendakwa Coleman bersikap lembut ketika melakukan pemeriksaan.
“Tuduhan bahawa dia memiliki motif seksual boleh dipersoalkan selain juga pendapat konon dia melakukannya dengan kasar,” kata David sambil menambah tiada pesakit yang dirogol atau terangsang klimaks nafsu mereka.
Coleman menamatkan pengajian kedoktoran pada tahun 1978 sebelum berkhidmat di sebuah hospital di Sydney dan Newcastle. Setakat ini belum ada keputusan sabitan dalam kes perbicaraan ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
BATU KAWAN – Gergasi perabot Sweden, IKEA, merancang untuk memperkenalkan kedai dalam talian di Malaysia pada tahun depan bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk produknya.
Pengarah Urusan IKEA Asia Tenggara, Christian Rojkjaer berkata, laman web e-dagang akan memudahkan pelanggan untuk mengakses dan membeli pelbagai produk syarikat.
“Kami merancang untuk melancarkan perkhidmatan e-dagang di Singapura dalam tempoh dua minggu, dan memperkenalkannya di Malaysia pada tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah untuk gedung IKEA Pulau Pinang oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini.
Dijadualkan untuk pembukaan pada suku pertama 2019, IKEA Pulau Pinang merupakan gedung keempat syarikat itu di Malaysia, selepas Damansara dan Cheras di Selangor serta Tebrau di Johor Bahru.
“Kami telah melabur kira-kira RM600 juta untuk IKEA Pulau Pinang bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelawat-pelawat kami.
“IKEA Damansara menerima kira-kira enam juta pengunjung setiap tahun. Kami benar-benar berharap bahawa IKEA Pulau Pinang akan dapat menarik lebih ramai pengunjung sebaik sahaja ia dibuka. Gedung itu akan mewujudkan kira-kira 450 peluang pekerjaan dan pelbagai peluang perniagaan lain untuk para pembekal,” kata Rojkjaer. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
NAMA Mark Adam sekarang ni bukan lagi asing bukan lagi dalam bidang nyanyian, malah turut dikenali dalam bidang lakonan.
Mark sekarang lebih dikenali sebagai ‘pak lawak’… Yelah, cuba dengar macam mana cara percakapan dia tu. Dia baru buka mulut, orang dah gelak dah.
Walaupun Mark berasal dari Filipina, namun itu bukan penghalang baginya untuk mencari rezeki di sini. Jadi mungkin kerjaya Mark sebagai penyanyi, pelakon dan juga pelawak dapat diterima disini.
Sebab tu lah agaknya anak-anak Shuib dan Siti Sarah, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin ni rapat sangat dengan Mark. Dia punya kelakar tu, sampai boleh menangis tau tak!
“Anak-anak kami sangat baik dengan Mark dan isteri. Lebih-lebih lagi anak bongsu kami, Ariq Matin.
“Ibaratnya jika ada Mark, Matin sudah tidak memandang kami, terus kami tak laku. Mark dan isteri pula sering bermain dan melayan karenah Matin,” jelas Sarah lagi ketika ditemui pihak Astro Gempak.
Shuib dikatakan mula rapat dengan Mark sejak digandingkan di dalam program Juara Parodi pada tahun 2015 dan kebetulan ketika itu Sarah sedang mengandungkan anak bongsu mereka. Sejak itu, dua keluarga ini mula rapat.
“Matin memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mark kerana Mark mula rapat dan melayan Matin semenjak Matin lahir lagi,” kata Shuib.
Sebagai ibu, Sarah langsung tiada rasa cemburu tentang hubungan rapat antara Mark dan anak-anak mereka. Yelah, bila ibu bapa dah berkawan rapat, mestilah akan ada hubungan yang mesra dengan anak-anak kan.
Walaupun Mark dan isterinya, Nor Azah Redzuan masih belum menimang cahaya mata, namun mereka kelihatan tidak kekok untuk melayan kerenah anak-anak Shuib dan Sarah.
“Bagi kami, tiada masalah jika Mark dan isteri rapat dengan anak-anak kerana mereka memang baik. Mereka pun belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata, jadi kami tidak kisah,” kata Sarah ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya pada Sabtu.
Macam penyanyi Black dan Fad… Kedua-dua anak kembar Fad, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan sangat rapat dengan anak lelaki Black, iaitu Khaleef Dayyan.
Bukan tu saja, malah ramai lagi artis yang boleh dikatakan sangat rapat sehingga mereka kelihatan seperti satu keluarga.
Bagus kan diorang ni semua… Walaupun berada dalam bidang yang sama, tapi itu bukan penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan persahabatan yang rapat ini.
Mudah-mudahan hubungan baik mereka semua ini berkekalan… Mana tahu kot-kot nanti mereka ni berbesan pula ke? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
SELALUNYA kita dengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustazah serta alim ulama. Bagaimana pula kalau si cilik yang memberi tazkirah?
Baru-baru ini tular satu video seorang kanak-kanak perempuan yang memberi nasihat tentang solat lima waktu. Lancar betul celotehnya ya walaupun dalam Bahasa Inggeris.
Keletahnya yang comel itu berjaya mencuri perhatian netizen. Ramai juga yang repost dan berkongsi video ini di laman sosial.
Pesan si cilik yang bernama Alayna ini, umat Islam perlu solat lima waktu sehari. Jika tidak, Allah tidak akan membuka hati kita dan kita akan bersedih.
“Awak mesti ambil wudhu dan solat lima waktu sehari. Jika tidak, awak akan rasa sedih dan Allah tidak membuka pintu hati awak.
“Allah tidak akan meletakkan perkara yang baik dalam hati awak tapi Allah akan letak perkara kurang baik dalam hati awak sebab syaitan akan mengganggu awak jika tidak solat.
“Sebab itu awak mesti solat dan ambil wudhu bila awak nak solat,” katanya.
Disebabkan video pendek itu tular di laman sosial, ibu kepada si cilik yang berasal dari Singapura ini juga ada memuat naik satu video ke laman Facebooknya.
Video berkenaan menunjukkan Alayna berterima kasih kepada sesiapa yang mendengar peringatannya itu. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ini juga ada membacakan Surah Al-Fatihah di akhir video tersebut.
Menurut ibunya, dia tidak menyangka video yang dimuat naik itu akan tular di media sosial kerana video tersebut merupakan pesanan yang diberikan kepadanya.
Menurut ibunya lagi menerusi interviewbersama Radio Sinar dalam segmen Sepahtu Sinar, Alayna meminati buku hadis yang dibacakan oleh ibunya.
Bukan ke bagus kalau dari awal lagi anak-anak sekecil ini diberikan pededahan awal tentang agama. Harap-harapnya jadi amalan sampai bila-bila. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KALAU haritu Instagram atlet gimnas negara, Farah Ann kena godam, kali ni giliran penyanyi antarabangsa, Selena Gomez pula menerima nasib yang sama.
Sudahlah digodam, dimuat naik pula gambar bogel bekas kekasihnya, iaitu Justin Bieber! Aduhh… Malulah Justin nampak pula ‘aset’ dia tu.
Isnin lepas, gambar itu telah dimuat naik dan kejadian itu telah membuatkan pengikut Selena di Instagram sebanyak 125 juta terus tergamam!
Selepas posting itu disedari oleh penyanyi lagu Fetish ini, dia telah menutup akaun Instagramnya buat sementara dan kembali aktif serta gambar bogel Bieber juga sudah dipadam.
Pihak di sana telah mengesahkan bahawa akaun Instagram Selena memang sah digodam. Tapi macam biasalah, mereka tak akan ulas apa apa mengenai hal ni. Mungkin bagi mereka ini merupakan perkara kecil sahaja.
Bieber juga terus tutup mulut tanpa memberi komen tentang kejadian tersebut. Mungkin dia sudah move on, jadi tak ada sebab untuk dia ambil tahu lagi.
Gambar itu telah diambil ketika mereka masih lagi sedang dilamun cinta. Waktu tu Bieber sedang bercuti di Bora Bora Island pada tahun 2015.
Asalnya gambar ini pernah tular di media sosial pada tahun yang sama dia ke sana. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita yang sedang mandi.
Lebih teruk lagi, wanita tersebut dikenali sebagai Dahlia dan merupakan isteri kepada jirannya.
Insiden ini dilaporkan berlaku di Jawa Barat, Indonesia.
Menurut Dahlia, dia ternampak sepasang mata yang sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya. Apa yang mengejutkan lagi ialah lelaki tersebut hanya berseluar dalam sahaja.
Perkara itu membuatkan Dahlia terkejut dan terus menjerit memanggil suaminya.
Lelaki yang berusia 46 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di belakang rumah sewa mereka. Isterinya yang terdengar jeritan ketakutan tersebut terus bergegas ke belakang rumah untuk lihat apa yang berlaku.
Ajun yang ketakutan selepas perbuatannya terbongkar hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Namun, dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dalam pada itu, hasil bedah siasat menunjukkan Ajun mati mengejut akibat sakit jantung.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan mereka masih giat mengumpul maklumat dan keterangan saksi serta beberapa orang lagi.
Hasil siasatan polis, mereka mendapati ini bukan kali pertama lelaki tersebut berpelakuan sebegini. Menurut penduduk di situ, Ajun memang dikenali dengan sikapnya yang suka mengintai orang mandi di kawasan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Us At FB fan page BeritaHangat™. We Will Put Your Banner/Link At This Page.TQ