Bunuh Bakal Abang Ipar: Suspek Sudah Ditahan

Tikam Bakal Abang Ipar: Suspek Sudah Ditahan

SEORANG lelaki yang dipercayai membunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Shukri Hussin, 34, pada Ahad lalu akhirnya berjaya ditahan polis tengah hari tadi.

Gambar suspek yang berusia 29 tahun dari Manir, Terengganu itu dimuat naik netizen melalui akaun Facebook Ratu Perang hari ini yang kelihatan bergari di sebuah balai polis yang tidak didedahkan namanya.
Suspek yang dikenali sebagai Mohd Hafiz ditahan di tepi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Tepoh, Jalan Jeram, Manir oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu yang sedang melakukan rondaan.
Polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
Suspek akan direman bagi siasatan dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian Ahad lalu, suspek dipercayai menikam bakal abang iparnya selepas tembelangnya pecah apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) mendedahkan yang dia sudah berkahwin.
Suspek kemudiannya melarikan diri selepas menikam mangsa sebanyak enam kali hingga maut di tempat letak kereta Maidam. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story