Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek wanita berusia 30-an dibebaskan selepas mendapati siasatan berkaitannya telah lengkap.
"Dia (pemilik taska) telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam selama tiga hari sebelum ini tamat hari ini. 
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan selain menunggu laporan daripada pakar perubatan sebelum dituduh di mahkamah,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kosmo! sebelum ini melaporkan melaporkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemui lemas tersembam di dalam baldi tandas sebuah taska di Seksyen 32, di sini. 
Abdul Rayyan Mijan, ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga taska berkenaan selepas dipercayai merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya.
Baharudin berkata, siasatan awal mendapati taska itu beroperasi tanpa lesen sejak Disember tahun lalu. -K! ONLINE