03 Ogos 2019 7:04 PM
PORT DICKSON - Seorang lelaki berusia 55 tahun maut akibat mengalami serangan sawan selepas bergaduh dengan abangnya di Kampung Bagan Pinang Batu 3 Jalan Pantai di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lelaki tersebut terlebih dahulu bergelut dengan abangnya di jalan utama kampung berkenaan disebabkan perselisihan faham berhubung pembahagian lot tanah pusaka.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, sebelum kejadian mangsa datang ke rumah abangnya berusia 57 tahun dalam keadaan marah-marah.
"Kemudian berlaku pergelutan antara mereka dan berjaya dileraikan oleh ahli keluarga yang lain. Selepas lima minit dileraikan mangsa mendapati telefon bimbitnya terjatuh ke dalam sebuah parit di lokasi kejadian.
"Mangsa masuk seorang diri ke longkang itu untuk mengambilnya. Selepas itu mangsa duduk sebentar di paip berhampiran longkang sebelum tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Aidi Sham berkata, lelaki itu dihantar ke Hospital Port Dickson oleh ahli keluarganya sebelum mangsa disahkan meninggal dunia semasa sedang mendapatkan rawatan doktor.
"Pemeriksaan oleh doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana sawan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - K! ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment