IG 'DISERANG' : "DIAM TAK BERMAKSUD SALAH ATAU KALAH" - NABIL MAHIR


Sebelum ini, pelakon Sarah Hildebrand menerusi laman Instagram telah tampil dengan pengakuan dan pendedahan punca putus cinta dengan bekas kekasihnya. Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina serta membuat pendedahan menerusi laman Instagram. 





Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, ramai pihak terutamanya netizen yang mengandaikan individu yang dimaksudkan adalah pengacara Nabil Mahir. Pada Februari lalu, Sarah dan Nabil membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama. 

Rentetan daripada itu, Nabil mula menjadi bahan sasaran oleh netizen. Ruangan komen Instagram Nabil mula dikerumuni oleh warganet dan rata-rata netizen mengecam jejaka itu. Terbaru, menerusi kemas kini Instagram, Nabil memuat naik swafoto dirinya bersama kapsyen yang menarik perhatian. 

Klik untuk gambar besar
 

Seakan memberi penjelasan mengenai situasi yang sedang dihadapi, Nabil berterima kasih atas segala keaiban, fitnah dan kutukan. Nabil juga turut berterima kasih atas teguran yang diterima dan memohon doa yang baik-baik. 

"Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah. Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," tulis bekas penyampai HLive itu. 

 

 


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, mStar & Instagram Nabil Mahir

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story