03 Ogos 2019 11:48 AM
KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon maaf bagi pihak kakitangan Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) setelah didakwa memberi layanan yang tidak menyenangkan oleh seorang netizen melalui komen di media sosial.
Tunku Azizah bertitah melalui laman sosial Twitternya, ada sesetengah pihak yang tidak faham dengan prosedur sehingga berlaku salah faham.
"Ada yang menelefon tidak faham, kena isi borang dahulu, patuhi semua syarat, bukannya terus dapat (permohonan), TAFF memberi rawatan percuma kepada mereka yang layak dan memerlukan, pokoknya isi borang dan perlu ada surat pengesahan dari doktor.
"Kena patuh (penuhi) semua itu dan jangan marah saya, saya minta maaf," tulis baginda dalam laman Twitter itu sebentar tadi.
Baginda turut bertitah, pernah menyamar menjadi setiausaha dan menjawab panggilan telefon di TAFF dan mengakui ada yang bercakap kasar dan marah-marah seperti yang menjadi viral di laman sosial semalam.
"Saya minta maaf bagi pihak kakitangan saya, kami ada prosedur dan borang-borang yang perlu isi oleh pemohon," tulis Tunku Azizah.
Tunku Azizah sebelum ini bertitah akan menaja 60 pasangan untuk menerima rawatan kesuburan melalui TAFF.
Semua pasangan yang dipilih itu sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-60 baru-baru ini. - K! ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment