Penyanyi Naim Daniel yang kini mencetus fenomena menerusi lagu Sumpah telah mencapai salah satu impiannya apabila berjaya membeli kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger.
Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, dia sudah memasang impian untuk memiliki kenderaan tersebut sejak berusia 12 tahun dan bersyukur akhirnya dikurniakan rezeki.
Menurut Naim yang juga seorang pelakon, bukan mudah untuknya mengecapi nikmat populariti dan rezeki seperti hari ini.
Demi membuktikan bakat seninya, Naim bekerja keras dan tidak pernah berputus asa.
Justeru, sebagai ikon yang menjadi teladan buat ramai remaja di luar sana, Naim menitipkan pesanan supaya mereka sentiasa bekerja keras dan percaya kepada kemampuan diri sendiri untuk membina sesuatu luar biasa dalam hidup.
Kosmo!: Sudah berapa lama Naim memasang impian untuk memiliki kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger?
Naim Daniel: Seingat saya, sejak berusia 12 tahun memang ingin memiliki sebuah kenderaan tersebut.
Bagi mencapai impian berkenaan, saya telah mengumpul wang sejak tahun lalu.
Alhamdulillah, ini bukan rezeki saya seorang, tetapi rezeki keluarga juga yang banyak membantu dan memberi sokongan. Senang ada kenderaan seperti ini untuk proses memindahkan barang.
Apakah nasihat anda kepada remaja di luar sana untuk mencapai impian mereka?
Saya tidaklah bagus sangat ingin memberikan nasihat, namun bagi saya, apapun yang kita kerjakan, sentiasa beringat untuk cari peluang memajukan diri.
Insya-Allah mengikut perancangan pada tahun depan saya akan mengusahakan satu perniagaan.
Kejar impian tidak salah, namun seimbangkan dengan pelajaran dan usaha keras kita. Insya-Allah akan ada kejayaan menanti.
Bagaimana anda melihat prestasi anda sejak kebelakangan ini dalam bidang lakonan dan nyanyian?
Kejayaan yang saya kecapi sekarang sangat manis. Hanya Allah yang tahu betapa banyak dedikasi dan kerja keras saya diletakkan dalam setiap usaha.
Orang lihat seperti mudah saya kecapi kejayaan pada hari ini, sedangkan saya berusaha keras sejak berusia lapan tahun.
Kejayaan tidak datang bergolek dan bukan berlaku semalaman. Sangat cantik jalan yang Allah susun buat saya.
Sekarang pada usia 21 tahun baru saya rasa kemanisannya. Bukan bakat lakonan saya sahaja yang orang nampak, tetapi juga nyanyian yang selama ini saya cuba tonjolkan.
Apapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri jangan sesekali lupa Allah yang selalu memberikan rezeki.
Adakah kejayaan yang diraih telah memberi tekanan kepada anda?
Buat masa sekarang, saya merehatkan dahulu kerjaya lakonan kerana ingin memberi fokus terhadap muzik.
Kini saya masih lagi giat mempromosikan laguSumpah.
Pada masa yang sama, saya dan label sedang berbincang untuk projek selanjutnya. Ingin kata tertekan, tidaklah, namun apa yang penting saya fokus memberikan yang terbaik.
Biarpun lagu Sumpah mendapat sambutan, namun terdapat pihak yang mempersoalkan perkongsian anda tentang cerita di sebalik penciptaan lagu itu (tentang bekas teman wanita). Apakah komen anda?
Dalam setiap keadaan, akan ada perkara yang baik dan buruk. Saya hanya positif dalam setiap perkara yang berlaku.
Bagi saya, walaupun hujan, lambat laun tetap akan ada sinar matahari.
Justeru, bergaul dengan orang yang sentiasa memberi galakan dan sokongan supaya kekal positif seperti keluarga, rakan rapat dan peminat.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment