03 Ogos 2019 5:21 PM
SEPANG - Seorang wanita putus pergelangan kaki kiri selepas bas persiaran dinaikinya terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung berkedalaman tiga meter di Kilometer (KM) 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai di Sepang, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an yang juga isteri pemandu bas itu parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.15 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi sebelum tiba pada 6.26 pagi.
“Kita didapati sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas ke dalam gaung berkedalaman tiga meter.
“Selain itu, terdapat tiga mangsa termasuk pemandu berusia 40-an dan seorang lagi penumpang lelaki berusia 23 tahun yang mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Katanya, dua mangsa lelaki dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan memaklumkan, bas persiaran tersebut dari arah Terminal Bas Selatan (TBS) Bukit Jalil, Kuala Lumpur menghala ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Pemandu bas itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu melanggar penghadang besi di kiri jalan sebelum terbabas ke dalam gaung itu," katanya.
Katanya, siasatan awal mendapati jalan raya dua lorong sehala itu mempunyai selekoh di kawasan menuruni bukit manakala penghadang besi jalan juga rosak.
“Cuaca berada dalam keadaan baik ketika kejadian berlaku dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. -K! ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment