Muhyiddin Beri Keterangan Di Bukit Aman

Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berhubung dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Anggota Parlimen Pagoh itu tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi dan keluar hampir dua jam kemudian.
Beliau ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Bukit Aman, berkata seorang pegawai berpangkat ACP mengambil keterangannya susulan ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
“Saya sebagai anggota Parlimen mempunyai hak imuniti dan kekebalan berdasarkan Perlembagaan Malaysia… Parlimen merupakan ruang yang tepat untuk seorang anggota Parlimen menjalankan tugas,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua turut hadir di luar perkarangan Bukit Aman.
Pada 4 November, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiga bekas anggota Kabinet akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selain Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana didakwa membocorkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberi kenyataan di Bukit Aman pada 7 November lepas manakala bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah belum diambil keterangan atas dakwaan sama. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story