Barcelona, Galatasaray Ke Suku Akhir

Barcelona - AC Milan

Barcelona bangkit membelasah AC Milan 4-0 untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara tatkala Galatasaray menang 3-2 ke atas Schalke di tempat lawan, awal pagi tadi untuk turut layak.
Di Nou Camp, Barcelona yang tewas 0-2 kepada Milan pada aksi pertama di San Siro, bulan lalu memerlukan gol awal untuk mengejar agregat.
Hasinya Barcelona berjaya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi penyudah menakjubkan Lionel Messi pada minit ke-5 dan 39 untuk seketika mengikat agregat 2-2.
Barcelona tampak lebih garang di gelanggang keramat mereka itu apabila berjaya menambah gol ketiga menerusi David Villa pada minit ke-55 sebelum Jordi Alba memusnahkan terus sisa perjuangan Milan apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan.
Barcelona mara dengan agregat 4-2.
Sementara itu, Schalke tampak bermula baik apabila pasukan tuan rumah itu mendahului menerusi Roman Neustadter pada minit ke-17 sebelum Galatasaray menyamakan kedudukan hasil jaringan Hamit Altintop pada minit ke-37.
Galatasaray berjaya mendapat kelebihan jaringan di tempat lawan apabila menambah gol kedua pada minit ke-42 hasil jaringan Burak Yilmaz untuk mendahului 2-1.
Biarpun Schalke berjaya mengikat kedudukan 2-2 menerusi jaringan Michel Bastos pada minit ke-63, Galatasaray mengesahkan kemaraan menerusi agregat 4-3 apabila berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi Umut Bulut pada masa kecederaan.
Baki dua lagi perlawanan menyaksikan Bayern bertemu Arsenal dan Malaga bertemu Porto, jam 3.45 pagi esok. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story