Laluan Masuk Stesen LRT Ampang Tutup 3 Bulan

LRT Ampang


KUALA LUMPUR – Laluan masuk ke Stesen transit aliran ringan (LRT) Ampang di sini akan ditutup sementara selama tiga bulan bermula 15 Mac ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan kompleks parkir bertingkat di LRT tersebut.
Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Lim Jin Aun berkata, kerja-kerja itu melibatkan aspek pembetungan, lembangan saliran serta penyeliratan air dan pili bomba.
“Ekoran daripada penutupan laluan masuk ini, semua kenderaan persendirian dan teksi tidak akan dibenarkan masuk ke Stesen LRT Ampang.
“Ini adalah untuk keselamatan orang awam. Mereka yang memandu juga diminta untuk mencari parkir alternatif di Cempaka dan Pandan Indah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Jin Aun berkata, Prasaran memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin dihadapi oleh orang ramai berikutan perkara tersebut.
Jelas beliau, projek kompleks parkir bertingkat itu adalah untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai pada masa akan datang khususnya dalam kemudahan ‘Parkir dan Gerak’. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story