Ibu Bapa Bagi Anak Ubat Demam Tiap Malam

Ibu Bapa Bagi Anak Ubat Demam Tiap Malam

London- Hanya kerana ingin tidur nyenyak tanpa gangguan pada waktu malam, sepasang suami isteri telah memberikan ubat selesema kepada anak mereka yang berusia dua tahun setiap malam  sejak lebih setahun lalu.
Kanak-kanak itu turut diberikan dadah Diazepam.
Perbuatan berkenaan terbongkar selepas pasangan itu iaitu si ibu yang berusia 41 tahun dan penagih dadah serta bapanya yang berumur 40 tahun itu, mendedahkan perkara tersebut kepada pegawai kebajikan.
Kanak-kanak berkenaan  diberi minum ubat berkenaan melalui tiub berikutan masalah yang dialaminya selepas ibunya menggunakan dadah penggantian methadone ketika mengandung.
Dia kini dipelihara oleh ibu saudaranya manakala pasangan itu dikenakan hukuman penjara, namun hukuman tersebut ditangguhkan.
Wanita itu dihukum penjara 18 bukan dan hukumannya ditangguhkan dalam masa dua tahun manakala lelaki berkenaan pula dipenjara setahun.
Hukumannya bagi pesalah lelaki itu turut ditangguhkan selama dua tahun.
Menurut pendakwaraya Kannan Siva, pasangan itu berbuat demikian setiap malam bagi memudahkan mereka tidur tanpa gangguan.
Hakim Jamie Tabor ketika mendengar perbicaraan tersebut mengecam tindakan bodoh pasangan berkenaan yang hanya disebabkan oleh sifat pentingkan diri sendiri sahaja.
“Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak akan terlepas daripada berjaga malam.
“Namun kamu berdua memutuskan untuk memberinya ubat berkenaan, yang tidak sesuai untuk kanak-kanak seusianya.
“Dalam hal ini saya melihat kamu berdua lebih memikirkan diri sendiri daripada anak kecil itu,’’ katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story