LONDON – Jaringan penalti Steven Gerrard mencalarkan kemaraan Tottenham untuk layak automatik ke Liga Juara-Juara apabila Liverpool menang 3-2 pada saingan Liga Perdana Inggeris, di Anfield, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Andre Villas-Boas berada dalam kedudukan memungut tiga mata penuh apabila pertahanan Belgium, Jan Vertonghen meledak dua kali untuk menhadului pasukan tuan rumah.
Bagaimanapun Liverpool berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Luis Suarez pada minit ke-21.
Namun, Stewart Downing berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-66 berikutan kesilapan pertahanan kanan Spurs, Kyle Walker.
Gerrard menyumbat masuk sepakan penalti pada minit ke-82 selepas Benoit Assou-Ekott mengasari Suarez.
Dengan keputusan itu Tottenham kekal di tangga ketiga liga manakala Chelsea yang di tangga keempat ketinggal hanya dua mata di belakang.
Skuad Brendan Rodgers melonjak ke tangga keenam untuk merapatkan jurang dengan Chelsea dengan perbezaan tujuh mata. – AFP
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment