Teka-teki yang bermain selama ini akhirnya terjawab apabila Jalani Sidek telah pun berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Zaleha Mohd Khalid.
Memetik laporan Utusan, Jalani atau lebih mesra dipanggil abang Jack berkahwin dengan wanita yang sama dikaitkan denganya sebelum ini.
Tetapi apa yang tidak sedapnya, ada juga ‘cakap-cakap’ orang yang mengatakan Jailani sudah berkahwin sebelum bercerai dengan bekas isterinya lagi, Raja Azmi.
Tidak tahu mana satu yang betul.
Walaupun begitu, tidak mengapalah kerana hubungan di antara Jailani dan Raja Azmi sudah lama selesai dan menemui kata putus.
Kini, masing-masing pun sudah membawa haluan sendiri.
Sementara itu, Raja Azmi yang kini sedang hangat bercinta dengan lelaki yang separuh umur lebih muda daripadanya, Hafiz masih tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berkahwin.
Jailani sudah mendirikan rumah tangganya, Raja Azmi bila lagi?
Apa-apa pun diharapan hubungan kedua-duanya kekal hingga akhir hayat.
Oleh: KASIH ISA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment