Masihkah anda ingat Steve Irwin si pemburu buaya yang terkenal berasal dari Australia?
Steve yang amat menyukai binatang ini ironinya mati akibat diserang ikan pari di kawasan Great Barrier Reef, Queensland pada 2006.
Steve meninggalkan isterinya, Terri dan sepasang cahaya mata, Bindi Sue Irwin, 8, dan Robert (Bob) Clarence Irwin, 3 tahun pada ketika itu.
Melalui sumber TMZ, terdapat gambar terbaru anak perempuannya, Bindi yang semakin meningkat remaja.
Bindi yang kini sudah berusia 15 tahun juga dikenali sebagai seorang anak gadis yang berani kerana dia telah didedahkan dengan habitat serta segala macam perihal mengenai haiwan.
Dia kini dilaporkan sedang bekerja bersama Zoo Australia bersama ibu dan adik lelakinya.
Pasti ayahnya berbangga dengan kesungguhan anak-anaknya meneruskan legasi dalam pemeliharaan serta pemuliharaan binatang.
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment