Azwan Ali: Abang Saya Layak Jadi MB

Azwan Ali

KUALA LUMPUR – Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.
Pengacara ranggi itu berkata jawatan menteri besar bergantung kepada rezeki dan tuah abangnya itu.
“Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.
“Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.
“Sebagai ahli politik, beliau tidak gentar menyuarakan sesuatu. Azmin menyampaikan sesuatu dengan gayanya sendiri dan ini saya lihat sewaktu hari penamaan calon tempoh hari,” menurut Azwan yang menambah Azmin seorang yang tenang dan tidak mengendahkan komen tentang beliau.
Dalam satu laporan, jawatan MB Selangor akan diumumkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh satu minggu lagi.
Bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan keputusan akan diumumkan selepas pimpinan parti kerajaan negeri bermesyuarat kelak.
Ramai yang mengetahui bahawa Azmin disebut-sebut bakal menduduki jawatan MB sejak PR mengambil alih Selangor pada 2008.
Sumber: Astro Awani


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story