Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).
Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.
Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.
Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.
Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?
Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.
Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.
Cepatnya tahu…
Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.
Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.
“… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.
“Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.
“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.
“Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?
“Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.
Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.
Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.
Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.
Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.
Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.
Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.
Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.
Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.
Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.
Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.
Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment