Fasha: Berpantang Ikut Cara Masing-Masing

Fasha

Lebih kurang dua minggu lalu kami ada memuat naik beberapa foto terbaru Fasha bersama putera sulungnya Rayfal, menerusi artikel berkenaan terdapat segelintir peminat telah cuba mempertikaikan cara aktres tersebut berpantang sehingga ada yang menghamburkan kata-kata tidak elok mengenai rumahtangganya.
Susulan daripada pelbagai spekulasi itu, Fasha akhirnya membidas segala kata-kata peminat menerusi sebuah foto di laman Instagram dengan caption berbunyi,
Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs
1
Menerusi foto berkenaan, Fasha seolah-olah ingin menjelaskan bahawa dirinya masih lagi mengikut amalan berpantang dengan betul dan berharap agar peminat tidak tersalah anggap dengan cara dia berpakaian pada ketika itu.
Meskipun telah menjelaskan dengan baik, akan tetapi masih ada peminat yang tidak berpuas hati sehingga menganggap Fasha terlalu berfikiran moden dalam soal penjagaan diri.
2
Dalam masa yang sama, terdapat juga peminat yang cuba berfikiran positif dan menyokong kenyataan pelakon tersebut. Bagi mereka, Fasha berhak berpantang dengan caranya sendiri dan menganggap setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza.
3
Sumber: Ohbulan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story