Nelydia Senrose, 19, bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Penampilannya dalam drama ‘Spa Q’ berjaya mencuri perhatian peminat drama Melayu mahu pun penerbit dan pengarah. Hendak tahu perkara-perkara menarik tentang pelakon ini? Jom semak senarai berikut :-
1. Nelydia merupakan seorang ‘morning person’. Paling lewat Nelydia bangun daripada tidur ialah pada jam 9 pagi.
2. Oleh kerana dia suka bangun pagi, Nelydia pasti akan tidur awal. Kongsi kekasihnya, Qi Razali, setiap kali dia menghubungi Nelydia pada lewat malam, pasti panggilan telefon itu tidak berjawab.
3. Nelydia suka dengan buaya kerana beranggapan buaya mempunyai karakter menarik.
4. Nelydia suka mencuba menu-menu yang belum pernah dicuba. Malah, dia juga suka mencari tempat-tempat makan baru. Sesuailah dia berpasangan dengan pengacara ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ bukan?
5. Nelydia seorang yang sensitif. Lebih buruk, dia akan pendam perasaan sekiranya marah. Nelydia akui apabila sudah terlalu banyak yang dipendam, dia akan mengungkit segala cerita lama.
6. Walaupun baru berusia 19 tahun, namun gadis ini berani melancong seorang diri.
7. Bagi Nelydia, dia merupakan seorang yang kuat berfikir terutamanya tentang masa depan. Namun Qi menganggap Nelydia kuat mengelamun.
8. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi, kata Nelydia dia paling tidak suka mata pelajaran Matematik.
9. Nelydia mengaku dia seorang yang pemalu biarpun sering berhadapan dengan kamera.
10. Kata Nelydia, dia lebih gemar tampil ringkas ketika keluar bersiar-siar. Menurut Qi, pernah sekali ketika keluar dengan Nelydia, Qi merasa seolah-olah dia yang ‘overdressed’ kerana Nelydia hanya memakai selipar.
11. Nelydia gemarkan aksesori yang dilengkapi berlian.
12. Kalau dah namanya perempuan, Nelydia tidak lari dari minat mengumpul beg tangan. Kini Nelydia memiliki lebih kurang 10 buah koleksi beg tangan.
Sumber: Gua.com.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment