Dihalang Bercinta: Saya Bukan Budak 16 Tahun

Pekin

Gara-gara syarat dalam kontrak syarikat pengurusan Metrowealth Sdn Bhd (MIG) yang tidak membenarkan artisnya untuk bercinta, menguatkan lagi spekulasi itu merupakan antara sebab pelakon Pekin Ibrahim mengambil keputusan meninggalkan syarikat yang menguruskan aktiviti seninya sebelum ini.
Malah hubungannya dengan artis, Uqasha Senrose yang juga di bawah naungan syarikat yang sama mendapat sedikit tentangan berikutan syarat yang telah termaktub dalam kontrak yang perlu dipatuhi oleh semua artis di MIG.
Pekin menjelaskan sebagai artis dia mengakui perlu akur dengan segala syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Namun Pekin berpendapat soal hati dan perasaan tidak boleh disamakan dengan kontrak. Pun begitu, tidak bermakna tindakannya itu tanda protes terhadap syarat berkenaan.
Menjelaskan perkara itu, Pekin berkata,”soal hati dan perasaan ni mana boleh samakan dengan kontrak. Saya pun bukan budak 16 tahun… Ya, sebagai artis memang kita harus hormat pada kontrak itu. Tapi berbalik pada logik akal. Kalau dah Tuhan kata ia akan terjadi (jatuh cinta), maka terjadi lah. Kita tak boleh nak elak.
“Tapi kontrak saya dah habis Februari lalu. Saya keluar cara baik. Saya tiada apa-apa masalah dengan MIG. Saya rasa cukuplah setahun saya bawah pengurusan mereka. Selama ni pun saya bermula dalam bidang ini dengan bergerak sendiri. Saya rasa lebih selesa bergerak sendiri,” ujarnya memetik laporan Malaysian Digest.
Pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini turut menafikan cerita bahawa dia menghasut Uqasha untuk meninggalkan MIG setelah kontrak kekasihnya itu tamat kelak sebaliknya dia memberi sepenuh kebebasan buat Uqasha untuk menentukan hala tuju kariernya sendiri.
“Memang dia ada menyatakan dia mahu keluar dari MIG. Saya tak halang dia, tak juga hasut dia apa-apa. Saya beri kebebasan pada dia. Saya hanya sokong apa saja keputusan dia,” ujarnya lagi.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story