‘Sakinah’ Dakwa Isteri Ashraf Muslim Rela Dimadu?

Dayana

Nampaknya kisah rumahtangga pelakon Ashraf Muslim semakin menjadi perbualan ramai apabila seorang wanita bernama Sakinah tampil memberi penjelasan mengenai kesahihan bahawa adakah benar aktor kacak itu mahu berkahwin buat kali kedua.
Sakinah membuat pendedahan menerusi Harian Metro hari ini dengan mengatakan dirinya sudah lama mengenali Ashraff sebelum pelakon itu berkahwin dengan isterinya dan mengakui pernah bersemuka dengan Noor Dayana.
“Saya kenal dia (Ashraf Muslim) sebelum mereka berkahwin lagi. Dayana pun sudah mengenali saya dan kami sudah berjumpa bercakap mengenai hal ini. Cuma dia pesan, kalau boleh elakkan perkahwinan. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dia redha.
“Saya sudah melakukan solat Istiqarah dan Allah sudah memberikan petunjuk. Bagaimanapun perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Lagipun saya harus menjaga hati banyak pihak, bukan saya keluarga saya, tetapi juga keluarga Ashraf dan isterinya.
“Sejujurnya, saya terkejut dan sedih apabila perkara ini diketahui umum serta kecoh di Internet. Kalau diikutkan, saya tidak boleh beri apa-apa komen sebab yang lebih layak bercakap mengenai hal ini ialah Ashraf,” jelasnya.
Ura-ura sebelum ini menyebut, Ashraf ingin menambah cawangan isteri kerana setelah hampir dua tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata.
Semoga Ashraf dan isterinya dapat membuat perbincangan sewajarnya dan harapnya keputusan yang dibuat kelak dapat membahagiakan semua pihak yang terlibat.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story