Dina Nadzir Akui Sudah Sedia Kahwin

Dina Nadzir

Penyanyi dan deejay radio Era FM, Dina Nadzir, 28, mengakui dirinya kini sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan meskipun dirinya masih belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang boleh menjadi teman hidupnya.
Dia merasakan sedemikian kerana merasakan usia dan ekonominya kini sudah stabil untuk terikat dengan komitmen berumahtangga.
“Jika ditanya saya soal kahwin, sebenarnya kalau boleh esok juga saya hendak kahwin. Tetapi saya tidak boleh berbuat demikian kerana saya sendiri belum mempunyai kekasih yang boleh dijadikan teman hidup.
“Namun terus-terang, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin kerana jika hendak diikutkan usia saya kini pun dah cukup matang untuk kahwin, malah simpanan duit pun sudah cukup untuk saya mendirikan rumahtangga,” katanya memetik laporan portal Murai.
Dina turut menyatakan tidak pernah keluar ‘dating’ atau mempunyai kekasih sejak empat tahun lalu dan pernah mengalami sebanyak dua kali kegagalan dalam hubungan cintanya sebelum ini.
Bercakap mengenai lelaki idamannya, Dina menjelaskan, “saya tidak memilih terutamanya dari segi fizikal tetapi apa yang penting dia mesti seorang yang ‘humble’, bijak berkomunikasi dan hormat diri saya sebagai seorang wanita yang suka berdikari.
“Soal kerjayanya pun saya tidak kisah, asalkan dia menghormati dan memahami kerjaya saya,” katanya.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story