Harap Kerajaan Kelantan Dengar Rintihan Artis

Norman KRU

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berharap kerajaan Kelantan yang baru dibentuk selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan sentiasa mendengar rintihan penggiat seni yang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi kenyataannya kepada Harian Metro, Norman berkata, “menerusi perubahan pucuk pimpinan baru di Kelantan, saya berharap rintihan artis tempatan didengar. Mungkin ada segelintir penduduk di sana mahukan persembahan terbuka dan segelintir tidak, tetapi saya mahu kerajaan pakatan pembangkang prihatin terhadap industri hiburan tanah air. Di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, tiada masalah dan adalah lebih baik dasar mereka ini menjadi konsisten”.
Norman teruk dikecam selepas kenyataan terbukanya sebelum ini yang mengatakan industri hiburan tempatan dan antarabangsa akan hancur sekiranya pucuk pimpinan Pas memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU13.
Apakah terdapat sebarang perubahan besar yang bakal berlaku dalam kerajaan baru negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob nanti?
Sama-sama kita nantikan!
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story