BERANGKAT 5 OGOS INI - ERRA HARAP URUSAN TUNAI HAJI DIPERMUDAHKAN


"Saya hanya tawakal dan berserah kepada Allah, selain sentiasa berdoa semoga dipermudahkan setiap langkah di sana serta perjalanan saya diberkati. Saya berharap dapat menyempurnakan ibadat ini dengan lancar, sekali gus pulang dengan mendapat haji yang mabrur. 





"Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan apabila dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Sudah tentu saya berharap pemergian ke sana akan menjadikan diri lebih baik, berbanding sebelum ini," kata pelakon Erra Fazira yang mengakui perasaannya bercampur-baur apabila bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadat haji. 

Dalam keterujaan menjadi tetamu Allah, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 45, yang akan berangkat ke Makkah pada 5 Ogos ini mengakui, turut diselubungi perasaan gementar. Erra yang juga penyanyi dan pengacara itu berkata, niat untuk mengerjakan haji sudah tersimpan sejak lima tahun lalu. 

Sepanjang 25 tahun memilih laluan seni, Erra berkata, tidak mudah untuk menetapkan hati, apatah lagi setiap gerak-gerinya menjadi perhatian dan dinilai umum: "Sebagai manusia biasa, saya turut merasai perit dan sakitnya menjadi anak seni, namun saya perlu kuatkan juga hati kerana ini jalan hidup yang dipilih. 

Klik untuk gambar besar
 

"Alhamdulillah, pengalaman membuatkan saya matang kerana diri sudah dilatih untuk menerima apa sahaja dugaan yang datang. Saya bersyukur dikelilingi mereka yang positif dan sentiasa teguh di belakang setiap kali saya berdepan cabaran dalam hidup. Mereka banyak membantu saya supaya tidak memilih jalan salah. 

"Saya percaya, Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Allah melatih saya bukan sia-sia kerana mungkin ia sebagai persediaan jika saya terpaksa berdepan dugaan yang lebih berat. Jika ujian kecil sudah tidak sanggup dilalui, bagaimana nanti jika diuji dengan perkara yang lebih besar? Bohonglah jika saya tidak tertekan melalui semua ujian ini. 

"Tetapi, saya selalu ingatkan diri, saya perlu matang mengawal situasi kerana itu yang membentuk diri menjadi manusia yang lebih kuat," kata ibu runggal kepada seorang cahata mata, Engku Aleesya itu yang bakal muncul dengan filem terbaru, 'Wangi' pada September ini. 


myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Erra Fazira

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

IG 'DISERANG' : "DIAM TAK BERMAKSUD SALAH ATAU KALAH" - NABIL MAHIR


Sebelum ini, pelakon Sarah Hildebrand menerusi laman Instagram telah tampil dengan pengakuan dan pendedahan punca putus cinta dengan bekas kekasihnya. Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina serta membuat pendedahan menerusi laman Instagram. 





Biarpun Sarah tidak menyebutkan sebarang nama, ramai pihak terutamanya netizen yang mengandaikan individu yang dimaksudkan adalah pengacara Nabil Mahir. Pada Februari lalu, Sarah dan Nabil membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama. 

Rentetan daripada itu, Nabil mula menjadi bahan sasaran oleh netizen. Ruangan komen Instagram Nabil mula dikerumuni oleh warganet dan rata-rata netizen mengecam jejaka itu. Terbaru, menerusi kemas kini Instagram, Nabil memuat naik swafoto dirinya bersama kapsyen yang menarik perhatian. 

Klik untuk gambar besar
 

Seakan memberi penjelasan mengenai situasi yang sedang dihadapi, Nabil berterima kasih atas segala keaiban, fitnah dan kutukan. Nabil juga turut berterima kasih atas teguran yang diterima dan memohon doa yang baik-baik. 

"Banyak benda boleh kongsi, tapi ada yang tak perlu, takut makan diri. Diam tak bermaksud salah atau kalah. Apa pun terima kasih atas semuanya, segala keaiban, fitnah dan kutukan. Terima kasih atas teguran dan nasihat semua. Doakan yang baik-baik," tulis bekas penyampai HLive itu. 

 

 


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, mStar & Instagram Nabil Mahir

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PADAM GAMBAR TIDAK DISUKAI - NABILA RAZALI TAK MAHU NETIZEN BERBALAH



Mengakui tidak tertekan apabila penampilannya sering menerima kritikan warganet walaupun terpaksa memadam foto yang menerima banyak kecaman, penyanyi Nabila Razali ketika dihubungi berkata, keputusan memadam foto yang tidak disukai warganet adalah cara terbaik kerana dia mengambil kira setiap komen dan nasihat diberikan. 





"Saya sangat menghargai setiap komen positif yang ditinggalkan pengikut. Nasihat dan teguran diberikan adalah untuk memastikan saya menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang. Keputusan memadam gambar tidak disukai pengikut bukan bermakna gambar itu keterlaluan atau saya bersetuju dengan komen mereka, tetapi saya tidak mahu mereka terus berbalah mengenai gambar yang bukan isu besar. 

"Sebenarnya setiap gambar yang dimuatnaik di media sosial saya sangat berhati-hati. Sampaikan saya akan 'zoom' foto yang ingin dimuatnaik supaya ia tidak mengundang kecaman. Ahli keluarga dan pengurus adalah individu yang akan menjadi 'CCTV' saya. Mereka akan lihat setiap gambar atau video yang saya muat naik dan menegur jika ia tidak sesuai. 

"Malah saya juga akan kongsi foto yang sesuai saja kerana Instagram adalah platform untuk saya berkongsi kehidupan sebagai penghibur," katanya yang berharap warganet tidak cepat menghukum atau mengkritik penampilannya kerana dia masih tahu batas yang perlu dipatuhi. 

Klik untuk gambar besar
 


myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nabila Razali 

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

HAEL HUSAINI: "SAYA TAK KISAH JODOH WANITA BERUSIA"



Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 32, ketika ditanya soal jodoh memberitahu yang dia tidak kisah jika jodoh dengan seorang wanita lebih berusia dan dia juga mahu melalui fasa perkahwinan hanya sekali seumur hidupnya. 





"Saya tidak kisah jika bertemu jodoh dengan wanita lebih berusia kerana apa yang penting dia memahami saya. Jika bertemu jodoh, saya mahu berkahwin sekali sahaja, bukan ada kedua, tiga mahupun empat,” katanya. 

Ditanya sama ada dia cerewet dalam memilih wanita untuk dijadikan isteri, kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Jampi' dan 'Haram' itu, seorang lelaki harus memilih pasangan yang tepat kerana dia akan menjadi ibu kepada anak-anaknya. 

Klik untuk gambar besar
 

"Buat masa ini, saya mahu fokus karier nyanyian dulu. Pada masa sama, saya juga sibuk membesarkan anak angkat yang baru berusia dua tahun," tuturnya. 

Mengulas gosip cintanya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah, 38, kata Hael, hubungannya dengan penyanyi popular itu sekadar rakan duet sahaja: "Terus-terang, saya paling selesa berduet dengan Dayang menerusi lagu sebelum ini. 

"Dayang banyak mengajar selok-belok industri muzik. Sudah menjadi lumrah apabila peminat suka melihat keserasian kami menerusi lagu duet, mereka mahu menjodohkan kami. Saya mahu peminat doakan yang baik-baik buat kami," jelasnya. 

 

 


myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Hael Husaini


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pertabalan: Putera Mahkota Abu Dhabi tiba untuk hadiri Istiadat Pertabalan


SEPANG - Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan selamat tiba di sini pagi ini bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan berlangsung di Istana Negara, hari ini.
Ketibaan baginda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 8.46 pagi disambut oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Baginda merupakan antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi menghadiri istiadat pertabalan itu selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang telah tiba semalam.
Sheikh Mohamed Zayed juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya petang ini sebelum berangkat pulang malam ini. - Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pengetua sekolah mangsa Macau Scam


KUANTAN - Pengetua sebuah sekolah menengah di Jerantut mendakwa menjadi mangsa sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM3,000 pertengahan bulan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, wanita berusia 58 tahun mendakwa wang itu dikatakan sebagai bayaran reman bagi membatalkan waran tangkap.
Mangsa mendakwa dihubungi suspek lelaki pada pukul 10 pagi, 14 Julai lepas kononnya wakil dari bank dan mendakwa dia mempunyai tunggakan bayaran pinjaman.
"Mangsa yang menafikan ada mempunyai akaun bank itu tapi mula mempercayai helah mangsa apabila menerima panggilan daripada suspek kedua dan ketiga kononnya mereka adalah polis masing-masing berpangkat Sarjan dan Inspektor.
"Mereka mendakwa akaun itu terlibat dalam siasatan kes dadah dan mangsa perlu memberikan semua maklumat perbankan peribadinya untuk siasatan dan membayar reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd. Wazir berkata, mangsa yang bimbang ditangkap segera menuruti arahan suspek termasuk membuat transaksi pemindahan wang di dua bank di bandar Jerantut pada sebelah petang.
Mangsa bagaimanapun mengesyaki dirinya mungkin ditipu selepas 'anggota polis' itu memintanya untuk memaklumkan pergerakannya setiap dua jam menerusi aplikasi WhatsApp.
Mangsa yang pada mulanya tidak membuat laporan polis berubah fikiran selepas berasa diganggu menerusi pelbagai pesanan WhatsApp setelah enggan menuruti permintaan suspek supaya menyerahkan lebih banyak wang.
Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut petang semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Istiadat Pertabalan Agong hari ini


KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan rakyat dan masyarakat luar negara apabila berlangsungnya istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
Istiadat yang akan berlangsung di Istana Negara di sini itu secara rasminya menandakan permulaan pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Ketua Utama Negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Rata-rata rakyat ternanti-nanti hari bersejarah itu yang akan menyaksikan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menaiki takhta negara.
Sempena istiadat itu, kerajaan mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum dan upacara tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi saluran-saluran televisyen tempatan bermula pukul 9 pagi.
Suri rumah, Junaidah Kamal, 50, ketika ditemuiBernama berkata, dia sekeluarga akan memastikan tidak terlepas me­nyaksikan acara bersejarah itu dan sudah membuat peringatan pada sistem dekoder televisyen di rumahnya.
“Saya akan pastikan anak-anak saya bangun awal esok (hari ini) supaya mereka dapat menonton acara bersejarah negara untuk mempelajari keunikan Malaysia yang mengamalkan Raja Berperlembagaan,” katanya.
Al-Sultan Abdullah yang meneruskan pusingan kedua sistem penggiliran raja-raja Melayu yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, menaiki takhta bagi menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkuat kuasa 6 Januari lalu.
Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari lepas menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Maj­lis Raja-Raja, 24 Januari lalu.
Seri Paduka melafaz sum­pah dan menandatangani surat sumpah jawatan pada 31 Januari lalu. – Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Busana DiRaja: Sentuhan magis Rizalman untuk Permaisuri Agong




KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok bukan sahaja mencatat sejarah penting untuk negara, tetapi bakal meninggalkan kenangan terindah buat  pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim.
Debar pastinya beritma di dada beliau kerana selepas beberapa bulan bertungkus-lumus menyiapkan busana untuk Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sentuhan magis beliau akhirnya disarung sebagai persalinan rasmi Raja Permaisuri Agong yang menaiki takhta persada negara di samping suami tercinta.
"Baginda bertitah yang mana persalinan yang akan dikenakan biar rakyat meneka dan melihat sendiri pada pagi tersebut," katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena istiadat pertabalan itu di butik miliknya di sini, baru-baru ini.
Menurut Rizalman, pengalaman selama 15 tahun menjadi 'tukang jahit' Tunku Azizah sekeluarga membolehkan beliau memahami dan memenuhi 'gaya fesyen' Tengku Ampuan Pahang itu dalam menghasilkan persalinan yang bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi turut menepati imej seorang wanita muslimah.
Menurut Rizalman, beliau telah dipertanggungjawabkan membuat rekaan dan menjahit enam persalinan milik Tunku Azizah sempena istiadat tersebut termasuk busana daripada fabrik tenun Pahang hasil tenunan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong Pahang yang diilhamkan baginda sendiri. 

"Ini satu sejarah apabila Raja Permaisuri Agong mengenakan busana Tenun Pahang yang dihasilkan oleh penghuni penjara. Saya diberi tugas untuk menyulam kerawang dan jahit persalinan itu agar ia nampak lebih sempurna daripada koordinasi warna, sulaman, selendang dan sebagainya, antara warna-warna pakaian yang akan membuatkan baginda kelihatan lebih menawan ialah biru firus (turquoise), putih gading dan kuning. 
"Bukan mudah untuk membuatkan enam persalinan yang dinantikan seluruh rakyat jelata di mana dari segi sulaman ia memakan masa hampir sebulan bagi sehelai pakaian," katanya yang turut dipertanggungjawab menyiapkan 12 lagi persalinan untuk anakanda-anakanda Tunku Azizah.
Menyentuh potongan busana yang menjadi pilihan Tunku Azizah, Rizalman berkata, sehingga kini beliau masih mengekalkan rekaan kurung moden kolar bulat dengan bahu berkedut  yang menjadi 'trademark' baginda, seperti yang digayakan ketika beliau mula melihat baginda menerusi muka hadapan sebuah majalah.
"Ketika saya mula reka baju untuk Tunku Azizah, baginda telahpun berhijab. Jadi, saya tambah selendang nipis yang menutup bahagian depan badan, lebih selari dengan penampilan seorang muslimah," katanya sambil mengimbau rekaan pertamanya kepada baginda iaitu busana kurung moden menggunakan kain renda berwarna putih dan hitam.
Selain pakaian, Rizalman yang juga terkenal sebagai pereka hiasan dalaman turut memberi sentuhannya dalam menata rias Balairong Seri Istana Negara pada hari bersejarah itu dengan menerapkan elemen daripada istana lama. 
"Antaranya di belakang singgahsana akan diletakkan beberapa helaian kain mirip istana lama dahulu. Selain itu, baginda berdua akan bersemayam di atas kerusi yang pernah digunakan oleh kedua-dua almarhum ayahanda baginda (Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah)," katanya. 
Lebih istimewa, Rizalman berkata, kain songket dari Brunei yang ditempah oleh Tunku Azizah sendiri akan digunakan sebagai alas kerusi ketika berlangsungnya istiadat tersebut. 
Dalam temu bual berkenaan, bapa kepada dua anak lelaki itu turut berkongsi kenangan manis beliau sepanjang mengenali Tunku Azizah apabila baginda sudi mencemar duli berkongsi dapur di rumahnya. 
"Saya amat kagum dengan ilmu memasak baginda yang saya kira punya daya ingatan yang sangat luar biasa. Tanpa perlu rujuk semula resepi pun baginda boleh ingat setiap satu sukatan dengan tepat apabila ditanya bila-bila masa," katanya. 
- Bernama

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Cara interaksi setiap penyanyi pasti berbeza - Siti


KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengharapkan agar peminat sentiasa bersikap terbuka dan tidak terus membanding artis kegemaran mereka dengan penyanyi lain.
Siti, 40, berkata, setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan setiap persembahan yang diberikan, terutama konsert adalah mengikut stail muzik artis itu sendiri.
“Kalau boleh janganlah banding-bandingkan persembahan artis sedia ada. Jika anda pergi ke konsert artis yang berbeza, sudah tentu pengalaman hiburannya berbeza.
“Saya berharap agar peminat tidak emosi. Kalau artis boleh bersahabat sesama artis, kenapa peminat tidak boleh berbuat perkara yang sama?” katanya kepada Kosmo! Online.
Penyanyi lagu Anta Permana itu mengulas mengenai perdebatan netizen di laman sosial yang mengatakan gaya interaksi Dayang Nurfaizah menerusi Konsert Dayang Dua Dekad yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini sebagai lebih baik daripada gaya komunikasi Siti pada konsert jelajahnya, Siti On Tour yang lalu.
Siti menambah, lokasi penganjuran konsert juga memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya komunikasi seseorang penyanyi itu ketika mengadakan konsert.
“Suasana dewan atau lokasi juga memainkan peranan. Berinteraksi dengan 15 ribu penonton di lokasi yang besar juga jauh berbeza jika dibandingkan dengan jumlah penonton dalam dewan yang kecil.
“Rasanya, tiada pertikaian di situ kerana setiap penyanyi mempunyai cara yang berbeza,” katanya lagi. - K! ONLINE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Syafie Naswip kunci mulut soal kontroversi pukul bekas tunang



KUALA LUMPUR - Pelakon Syafie Naswip buat masa ini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi laporan yang mendakwa dia mencederakan bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman. 
Kenyataan itu dikeluarkan pengurusnya, Badrul Hashim ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Badrul menegaskan, tiada kenyataan yang ingin dikeluarkan daripada pihak Syafie buat masa ini.
Semalam, peminat dikejutkan dengan berita penahanan seorang pelakon lelaki yang mencederakan tunangnya dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, di sini pada 26 Jun lalu.
Menurut laporan polis, pelakon itu telah datang ke rumah bekas tunangnya sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya.
Suspek kemudian telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas mangsa memintanya untuk tidak meneruskan hubungan dengan rakan sejenis.
Pelakon itu kemudiannya ditahan polis pada Sabtu lalu selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara dan mencederakan mangsa, namun dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Terdahulu, Syafie pada 21 Julai lalu mengumumkan ikatan pertunangannya dengan Aishah tidak dapat diteruskan dengan alasan tidak mampu mengharungi dugaan bertunang. - K! ONLINE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Naim Daniel beli kenderaan idaman


Penyanyi Naim Daniel yang kini mencetus fenomena menerusi lagu Sumpah telah mencapai salah satu impiannya apabila berjaya membeli kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger.
Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 21, dia sudah memasang impian untuk memiliki kenderaan tersebut sejak berusia 12 tahun dan bersyukur akhirnya dikurniakan rezeki.
Menurut Naim yang juga seorang pelakon, bukan mudah untuknya mengecapi nikmat populariti dan rezeki seperti hari ini.
Demi membuktikan bakat seninya, Naim bekerja keras dan tidak pernah berputus asa.
Justeru, sebagai ikon yang menjadi teladan buat ramai remaja di luar sana, Naim menitipkan pesanan supaya mereka sentiasa bekerja keras dan percaya kepada kemampuan diri sendiri untuk membina sesuatu luar biasa dalam hidup.
Kosmo!: Sudah berapa lama Naim memasang impian untuk memiliki kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) jenama Ford Ranger?
Naim Daniel: Seingat saya, sejak berusia 12 tahun memang ingin memiliki sebuah kenderaan tersebut.
Bagi mencapai impian berkenaan, saya telah mengumpul wang sejak tahun lalu.
Alhamdulillah, ini bukan rezeki saya seorang, tetapi rezeki keluarga juga yang banyak membantu dan memberi sokongan. Senang ada kenderaan seperti ini untuk proses memindahkan barang.
Apakah nasihat anda kepada remaja di luar sana untuk mencapai impian mereka?
Saya tidaklah bagus sangat ingin memberikan nasihat, namun bagi saya, apapun yang kita kerjakan, sentiasa beringat untuk cari peluang memajukan diri.
Insya-Allah mengikut perancangan pada tahun depan saya akan mengusahakan satu perniagaan.
Kejar impian tidak salah, namun seimbangkan dengan pelajaran dan usaha keras kita. Insya-Allah akan ada kejayaan menanti.
Bagaimana anda melihat prestasi anda sejak kebelakangan ini dalam bidang lakonan dan nyanyian?
Kejayaan yang saya kecapi sekarang sangat manis. Hanya Allah yang tahu betapa banyak dedikasi dan kerja keras saya diletakkan dalam setiap usaha.
Orang lihat seperti mudah saya kecapi kejayaan pada hari ini, sedangkan saya berusaha keras sejak berusia lapan tahun.
Kejayaan tidak datang bergolek dan bukan berlaku semalaman. Sangat cantik jalan yang Allah susun buat saya.
Sekarang pada usia 21 tahun baru saya rasa kemanisannya. Bukan bakat lakonan saya sahaja yang orang nampak, tetapi juga nyanyian yang selama ini saya cuba tonjolkan.
Apapun, saya sentiasa ingatkan diri sendiri jangan sesekali lupa Allah yang selalu memberikan rezeki.
Adakah kejayaan yang diraih telah memberi tekanan kepada anda?
Buat masa sekarang, saya merehatkan dahulu kerjaya lakonan kerana ingin memberi fokus terhadap muzik.
Kini saya masih lagi giat mempromosikan laguSumpah.
Pada masa yang sama, saya dan label sedang berbincang untuk projek selanjutnya. Ingin kata tertekan, tidaklah, namun apa yang penting saya fokus memberikan yang terbaik.
Biarpun lagu Sumpah mendapat sambutan, namun terdapat pihak yang mempersoalkan perkongsian anda tentang cerita di sebalik penciptaan lagu itu (tentang bekas teman wanita). Apakah komen anda?
Dalam setiap keadaan, akan ada perkara yang baik dan buruk. Saya hanya positif dalam setiap perkara yang berlaku.
Bagi saya, walaupun hujan, lambat laun tetap akan ada sinar matahari.
Justeru, bergaul dengan orang yang sentiasa memberi galakan dan sokongan supaya kekal positif seperti keluarga, rakan rapat dan peminat.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bayi lemas: Pemilik taska bebas dengan jaminan polis




SHAH ALAM - Pemilik taska yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kejadian bayi lelaki lemas di dalam baldi sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek wanita berusia 30-an dibebaskan selepas mendapati siasatan berkaitannya telah lengkap.
"Dia (pemilik taska) telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam selama tiga hari sebelum ini tamat hari ini. 
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan selain menunggu laporan daripada pakar perubatan sebelum dituduh di mahkamah,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jelas beliau, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kosmo! sebelum ini melaporkan melaporkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemui lemas tersembam di dalam baldi tandas sebuah taska di Seksyen 32, di sini. 
Abdul Rayyan Mijan, ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga taska berkenaan selepas dipercayai merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya.
Baharudin berkata, siasatan awal mendapati taska itu beroperasi tanpa lesen sejak Disember tahun lalu. -K! ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelakon 27 tahun ditahan cederakan bekas tunang


SERDANG - Seorang pelakon terkenal ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencederakan bekas tunangnya dengan mencekik leher dan menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai pada 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan awal mendapati pelakon terbabit telah datang ke rumah bekas tunangnya sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dipandunya.
“Suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian telah mengeluarkan kata-kata kesat selepas mangsa memintanya untuk tidak meneruskan hubungan dengan seorang rakannya.
“Suspek yang marah kemudian telah mencekik, menumbuk muka dan mulut mangsa sehingga berdarah dan kejadian ini telah berlaku berulang kali sebelum suspek bertindak memutuskan pertunangan di antara mereka pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi kosmo! di sini hari ini.
Mengulas lanjut, mangsa yang berusia 23 tahun itu telah membuat laporan polis kerana ingin menyelesaikan secara baik namun suspek bertindak secara berlebihan.
“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut namun tiada kesan kecederaan ditemui kerana ia telah lama berlaku.
“Suspek telah ditahan polis selepas menyerah diri di Balai Polis Bandar Kinrara selepas mengaku mencederakan mangsa. Suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan polis sebaik rakaman percakapan diambil,” jelasnya.
Siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. -K! ONLINE

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Agong Puji Pelajar Malaysia Kerja Tukang Cuci Di UK



KUALA LUMPUR – Kisah seorang pelajar Malaysia yang bekerja sebagai tukang cuci ketika menuntut di United Kingdom semata-mata untuk menghadiahkan tiket penerbangan kepada kedua ibu bapanya hadir ke majlis graduasinya bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Malaysia tetapi mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pujian kepadanya.

Muhammad Afiq Ismail, 23, dari Kuala Krai, Kelantan seperti dilaporkan oleh akhbar berbahasa Melayu bekerja sambilan sehingga 20 jam sehari, dengan membahagikan masa untuk kuliah dan masa lapangnya dengan bekerja sehingga akhirnya berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama (Kepujian) di University of Essex, UK.
Kerana tersentuh dengan kisah hidup dan mengagumi usahanya yang bekerja keras dan dedikasi, Seri Paduka dalam satu kenyataan kepada media, menzahirkan ucapan tahniah kepada Afiq atas kejayaannya yang luar biasa.
“Seri Paduka juga kagum dengan sikap Afiq yang menghormati dan taat kepada kedua ibu bapanya selain mengagumi pengorbanan anak muda itu sehingga membolehkan dia mencapai tahap kejayaan ini. Perjalanan hidup Afiq dan kedua orang tuanya harus menjadi inspirasi kepada semua,” titah baginda.
Kisah Muhammad Afiq baru-baru ini dikongsi di Facebook oleh rakannya dan sejak itu telah tular di media sosial.
Menurut akhbar tersebut, graduan perakaunan dan kewangan itu kini membuat persiapan untuk kembali ke tanah air untuk memulakan kerjaya profesional di sebuah firma audit pada Oktober.
Kredit to mynewshub
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

“Saya Tidak Terima Surat Kena Cerai” – Oksana


KUALA LUMPUR – Bekas Ratu Cantik Rusia yang dikaitkan sebagai isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menegaskan tidak pernah menerima sebarang sepina atau surat mahkamah berhubung berita perceraiannya.

“Mengenai berita perceraian, saya tidak pernah menerima sebarang sepina atau surat mahkamah dan ketika berita (cerai) jadi sensasi, saya dan Leon (anak) berada di Rusia,”jelasRihana Oksana Gorbatenko melalui laman sosial Instagramnya pagi ini.
Tulis Oksana lagi, suaminya seorang Muslim yang baik dan tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuannya.
Tambahnya, undang-undang Islam turut memperjuangkan hak dan melindungi wanita.
Beliau turut menjelaskan, berita-berita yang disiarkan media sebelum ini adalah tidak sah hanya untuk disensasikan.
“Saya tidak akan tunduk kepada provokasi dan kekal untuk mempertahankan maruah keluarga saya,” ujarnya.
Kata Oksana lagi, dirinya yang berdiam diri sebelum ini tidak bermaksud beliau mengiayakan semua pembohongan (berita yang disiarkan sebelum ini).
“Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat, saya tidak akan mengaku kalah,”tulisnya.
Oksana dan Sultan Muhammad dikatakan sebelum ini berkahwin di Rusia selepas video perkahwinannnya menjadi tular seluruh dunia.
Selepas itu tersebar pula sijil cerai yang mendakwa Oksana diceraikan dengan talak tiga.
Penceraian itu turut disahkan oleh peguam Sultan Muhammad, Koh Tien Hua yang memaklumkan pasangan terbabit bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah. – K! ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Agong Selesa Bersama Rakyat



Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Keperibadian Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sebagai insan prihatin, merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutamanya semasa bencana sememangnya tidak asing lagi khususnya bagi rakyat Pahang kerana ia sudah menjadi kelaziman bagi keluarga Diraja Pahang sejak sekian lama.

Video tular yang menunjukkan Sultan Abdullah turun mencemar duli dari kenderaan rasmi bagi membantu mangsa kemalangan semasa dalam perjalanan ke mesyuarat pra-Kabinet bersama-sama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Istana Melawati, Putrajaya baru-baru ini, adalah antara sifat peduli rakyat Seri Paduka.

Begitu juga dengan laporan yang menunjukkan Al-Sultan Abdullah beratur sendiri ketika membeli makanan di sebuah restoran makanan segera di Pahang membuktikan Seri Paduka tidak menjadikan kedudukannya di singgahsana sebagai penghalang untuk mendekati rakyat.

Bertitah mengulas dua laporan itu, Al-Sultan Abdullah menyifatkan kejadian yang ditularkan di media sosial itu bukanlah bagi mendapatkan publisiti sebaliknya merupakan sesuatu yang sudah sebati dan sering dilakukan semasa di Pahang.

“Bukan saya nak pujian, tepukan, nak dapat kredit…saya kata dengan ikhlas, saya akan teruskan. Bukan sekadar daripada Almarhum ayahanda saya, bahkan daripada nenenda saya. Jadi, ini telah sebati dengan kita. Saya lebih selesa kalau saya dengan rakyat.

“Masa hari pertama saya datang sini saya jumpa dengan Perdana Menteri (Dr. Mahathir), saya kata ‘Tun, istana terlalu besar untuk saya, saya tidak biasa duduk istana besar’. Dia senyum sahaja… itu yang saya suarakan, saya akan terus cuba dekat dan bersama dengan rakyat walau di sini sekalipun,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika wawancara khas bersama media di Istana Negara baru-baru ini sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.

Menceritakan kembali kejadian semasa membantu mangsa kemalangan itu, sambil tersenyum Al-Sultan Abdullah bertitah selain ingin membantu sekiranya ada mangsa yang cedera, Seri Paduka juga mempunyai satu lagi sebab tersendiri.

” …selalunya trafik sesak apabila ada kemalangan. Jadi, itu antara sebabnya. Kalau boleh saya nak cepat alihkan kenderaan ke tepi, panggil polis supaya ‘jem’ itu cepat selesai. Itu antara sebabnyalah selain membantu dengan ikhlas.

“Kalau ada kecederaan, kita bantu bawa pergi hospital dan kedua pasal trafik…and now you know (kini, anda tahulah kisahnya),” titah Seri Paduka.

Gara-gara video tular itu, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi cerita bahawa ada individu yang membuat panggilan kepada Seri Paduka bertanyakan bila mahu ke Melaka kerana mereka hendak menunggu di sana dan melakukan kemalangan ‘olok-olok’ supaya mereka mendapat peluang dibantu oleh Seri Paduka.

Dekatkan institusi diraja dengan rakyat

Diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, sememangnya kehidupan Al-Sultan Abdullah tidak dapat lari daripada protokol. Namun, Seri Paduka tidak pernah menjadikannya sebagai kekangan untuk mendekati rakyat.

Kata-kata yang sering dilafazkan oleh Almarhum Sultan Ahmad Shah iaitu ‘raja dan rakyat berpisah tiada’ menjadi pegangan Seri Paduka sehingga kini.

“Saya selalu anggap bahawa saya adalah rakyat juga, saya tidak anggap saya sebagai raja… protokol itu ada, tetapi saya tak boleh kaku sangat. Kadang kala secara spontan, saya akan buat apa yang boleh mendekatkan saya dengan rakyat secara spontan.

“Saya nak kata saya tidak boleh buat begitu begini, susah juga…yang mana boleh turun padang, yang mana boleh dekat dengan rakyat, yang mana boleh bersalam dengan rakyat, yang mana boleh bercakap dengan rakyat, saya akan buat,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah sebagai Ketua Islam di empat negeri yang diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri, tiga Wilayah Persekutuan serta di Pahang, Seri Paduka cuba meluangkan masa untuk menunaikan solat Jumaat secara bergilir-gilir di sana selain menunaikan solat Jumaat di Masjid Istana Negara supaya dapat lebih dekat dengan rakyat.

Pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong

Mengulas pelantikan sebagai Sultan Pahang keenam dan pemilihan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah sama sekali tidak pernah menjangka kedua-dua perkara itu berlaku dalam tempoh yang singkat.

Keadaan ‘di luar jangka’ itu menyebabkan Seri Paduka menerima pelantikan dan pemilihan untuk kedua-dua jawatan itu dengan perasaan yang bercampur baur.

“Saya memang tidak jangka yang saya akan dianugerah menjadi Sultan Pahang dan seterusnya sebagai Agong kerana ketika itu pada Januari, Paduka Ayahanda masih lagi ada dan sihat.

“Namun kemudian, Majlis Raja-Raja telah menyatakan ada pertukaran atas sebab-sebab yang kita semua sudah maklum. Pada ketika itu, saya tidak memikir soal saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong dan saya tidak fikir saya akan menjadi Sultan kerana kalau mengikut perkiraan penggiliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dahulu akan tamat pada tiga tahun lagi.

“Jadi, sukar untuk saya menyatakan apa akan terjadi dalam masa dua tiga tahun kerana tiada siapa yang dapat meramalkan. Samalah dengan saya…saya tidak boleh buat ramalan. Apabila ini sudah terpanggil dan terjadi, saya terima hakikat dengan perasaan sedih ada, pilu pun ada,” titah Seri Paduka.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bersyukur serta reda dengan ketentuan Allah S.W.T serta bersedia dengan tanggungjawab yang diamanahkan itu dan memerlukan segala dorongan, sokongan selain pandangan yang boleh membawa kebaikan untuk Malaysia.

Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini juga mencatatkan sejarah tersendiri bagi Al-Sultan Abdullah kerana pada tarikh bersejarah itu, Seri Paduka akan genap berusia 60 tahun.

“Hari itu adalah hari pertama saya menjadi 60 tahun. On my birthday (pada hari ulang tahun keputeraan saya)… secara kebetulan dan dan pertama kali saya ditabal sebagai seorang Raja. Sudah tentu ia satu hari yang cukup besar ertinya.

“Cukup signifikan. Selalu kalau kita (berusia) 60 (tahun), dah fikir tetang persaraan. Saya pula baru nak start (mula) kerja. Saya berharap hari itu akan menjadi hari yang cukup memorable (tidak dapat dilupakan) bermakna) bagi saya berdua. Saya mengharapkan doa daripada rakyat supaya kita semua berada dalam keadaan yang aman dan selesa,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah mengakui pendedahan awal menjadi Putera Mahkota seawal usia 15 tahun dan Pemangku Raja Pahang semasa berusia berusia 20 tahun banyak membantu dirinya dalam menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sejak Januari yang lalu.

Almarhum Sultan Ahmad Shah yang sering mengamanahkan Seri Paduka untuk menyelesaikan permasalahan di peringkat negeri, mewakili pada Mesyuarat Raja-Raja mahupun persatuan bola sepak telah menjadikan Al-Sultan Abdullah lebih matang dalam melaksanakan tugas.

“Ayahanda memang meletakkan expectation(harapan) yang begitu tinggi kepada saya, daripada muda sampai tua, baginda telah memberi banyak exposure (pendedahan) dan peluang untuk saya. Didedahkan dengan jawatan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

“Itulah pengalaman yang amat membantu dan saya begitu terhutang budi (dengan Paduka Ayahanda) dan I hope I can deliver (saya berharap saya dapat melaksanakannya). Insya-Allah,” titah Seri Paduka.

Tunku Azizah, Lionel Richie dan Istana Abdulaziz

Dalam kesibukan baginda menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang meminati alunan lagu penyanyi terkemuka Lionel Richie, menzahirkan rasa rindu kepada ‘rumah’ di Istana Abdulaziz di Kuantan menyebabkan Seri Paduka meluang masa untuk pulang ke sana.

Di istana itulah Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membesarkan putera dan puteri Seri Paduka berdua.

Istana Abdulaziz is a home to us (adalah rumah kami). So obviously we treasure our best time there (Oleh itu, kami amat menghargai masa-masa indah kami di sana) dan memang, saya rindukan katil saya, saya rindukan gim saya. Namun, Alhamdulillah di Istana Negara pun semua staf, penghuni di sini begitu profesional,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah, yang semakin membiasakan diri dengan kehidupan di Istana Negara, bertitah bahawa waktu paginya dimulakan dengan memeriksa telefon selain melihat jadual kerja sebelum ke gimnasium dan kemudian menerima menghadap para menteri dan pegawai kerajaan.

Ditanya tentang Tunku Azizah, Al-Sultan Abdullah menganggap Raja Permaisuri Agong sebagai seorang yang teliti, romantik dan berpendirian teguh.

“Kelebihan dia (Permaisuri), dia begitu hands on, very meticulous, particular…she is also romantic..she gives strong opinion and is very good at that. Alhamdulillah…” titah baginda.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join
https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Dibenarkan Pulang, Keadaan Siti Sarah Kini Stabil


SEMALAM, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Menurut suami kepada pelantun lagu Kesetiaan itu, Shuib berkata dia telah membawa Sarah ke hospital sekitar jam 1 pagi bagi mendapatkan rawatan.
Jelasnya lagi, keadaan Sarah yang begitu lemah menyebabkan dia berasa risau dan cemas akan keadaan isteri kesayangannya itu.
“Nasib baik rumah dekat, kalau tidak doktor cakap perkara lebih buruk akan berlaku. Ini adalah situasi paling teruk saya hadapi sepanjang tujuh tahun kami berkahwin.
“Saya takut sangat sebenarnya. Pukul 6 pagi tadi tekanan darah­nya turun mendadak tetapi tidak lama kemudian kembali normal, Alhamdulillah,” katanya memetik sebuah portal online.
Terbaru, Shuib memaklumkan kesihatan isterinya ketika ini beransur pulih dan Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah selepas mendapat kebenaran daripada doktor yang merawatnya.
Dalam pada itu, penyampai radio terkenal ini turut menafikan dakwaan segelintir anggota masyarakat yang beranggapan kononnya Sarah dimasukkan ke hospital berpunca daripada amalan diet yang diamalkan.
“Bukan kerana diet. Siti Sarah pernah juga kena gastrik dan sesak nafas, tetapi kali ini adalah paling teruk setakat ini. Sebab itu saya takut sangat,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AM




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story