Diddy Kena Tunggu 3 Tahun Untuk Dapat Anak Ke-2

Diddy AF

Rasanya agak lama jugak tidak mendengar cerita mengenai bekas pelajar Akademi Fantasia yang tinggi lampai ini, iaitu Diddy Hirdy.
Terbaru, dia telah membintangi filem Sunti@ Facebook arahan James Lee.
Lebih mengejutkan dia memegang watak utama!
Berkesempatan menemuinya di lokasi filem itu, menerusi Murai, Diddy memberitahu dia kini sedang sibuk belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang komunikasi sambil memenuhi jemputan mengadakan persembahan untuk majlis korporat.
Malah, dia juga sedang seronok membesarkan anak sulungnya, Nadra Ayrssa Jauza yang kini berusia dua tahun bersama isteri tercinta.
Tidak sangka sekejap saja anaknya sudah membesar. Tidakkah Diddy mahu menambah cahaya mata?
Diddy memberitahu, dia bukan tidak mahu timang anak yang kedua tapi kata doktor nasihatkan isterinya supaya mengambil masa 3 tahun untuk berehat sebelum hamil anak kedua kerana sebelum ini dia lahirkan anak pertama menerusi pembedahan.
Jadi, bermakna kalau anak pertamanya itu sudah berusia 2 tahun, Diddy dengan isterinya kena tunggu setahun lagilah untuk dapatkan anak kedua.
Tak apalah jika bergitu, lebih baik ikut nasihat doktor. Jika ada rezeki pasti tidak kemana. Tak gitu?
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story