Kadar jenayah semakin hari semakin meningkat bilangannya.
Terutama sekali kes meragut beg tangan wanita.
Dahulu, taktik yang sangat mudah digunakan oleh peragut adalah meragut beg tangan wanita ketika wanita sedang berjalan dan mereka pula sedang membonceng motorsikal.
Jadi, mudahlah buat mereka untuk menjalankan kerja jahat itu.
Malah, tindakan peragut itu mampu membahayakan nyawa mangsa.
Selepas itu, taktik meragut diubah ketika kereta sedang berhenti di simpang jalan, di bahu jalan atau pun ketika lampu isyarat sedang merah.
Caranya, dengan memecahkan cermin kereta sekiranya melihat beg tangan berada di atas kusyen kereta.
Yang terkini, demi untuk meneruskan kegiatan meragut, peragut-peragut yang sedia ada mencari cara atau alternatif lain.
Cara yang baru adalah meragut dalam keadaan yang tenang supaya tidak ada pihak tertentu yang memerhatikan setiap gerak-geri mereka.
Langkah awal, peragut akan memerhatikan mangsa dan akan memastikan keadaan dalam keadaan terkawal.
Selalunya peragut akan berada di atas motor, tetapi cara baru adalah dengan berjalan mengekori mangsa secara tenang ke tempat letak kereta.
Selepas mangsa masuk ke dalam kereta dan meletakkan beg di sebelah tempat duduk memandu, saat itulah peragut dengan pantasnya akan meragut beg si mangsa.
akibatnya, mangsa akan kehilangan harta benda dan peragut itu pula akan lari dengan temannya.
Jadi, dinasihatkan agar orang ramai khususnya wanita berhati-hati ketika berjalan ke letak kereta.
Kunci pintu selepas masuk kereta. Ingat, malang sentiasa datang tanpa diduga.
Oleh: NAIMAH SHAARI
0 comments:
Post a Comment