Meja Yang Pernah Bekas Ketua Polis Guna…


Meja Yang Pernah Bekas Ketua Polis Guna…
Tidak ramai di antara kita sedar betapa besarnya jasa polis-polis di negara kita berkhidmat untuk menjaga negara Malaysia lebih-lebih lagi polis pada zaman dahulu.
Mereka sanggup bergadai nyawa agar setiap jenayah mahu pun masalah yang timbul dapat diselesaikan.
Juga, kita sendiri tidak pernah tahu sejarah-sejarah yang tercipta dalam dunia pasukan polis.
Di Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Perdana, terkandungnya pelbagai bahan sejarah melibatkan polis-polis negara.
Sebagai contoh, sebuah meja yang pernah digunakan oleh bekas ketua polis, Y.A.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar ketika menjawat jawatan Ketua Polis Negara mulai 8 Jun 1974 sehingga 15 Januari 1994.
Selain itu, beberapa Ketua Polis Negara juga pernah menggunakan khidmat meja tersebut.
1-    Tan Sri Claude Henry Penner
(16/9/1963 – 28/3/1966)
2-    Tun Mohammed Salleh bin Ismael
(19/3/1966 – 31/1/1973)
3-    Tan Sri Abdul Rahman bin Halim
(01/2/1973 – 7/6/1974)
Biarpun ia hanya sebuah meja, tapi, besar juga ‘khidmat’ meja tersebut kepada ketua-ketua polis yang sentiasa berfikir untuk mencari cara menjaga Malaysia.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: Facebook PDRM KL

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story