Klip Untuk Dia Di Youtube Catat Sejarah..Ditonton 10.4 Juta!

Video 'Untuk Dia' Najwa Latif Dan Sleeq Di Youtube Catat Sejarah...Ditonton 10.4 Juta!

Seperti setiap tahun, Google hari ini telah pun mengeluarkan senarai video terhangat dan popular sepanjang tahun 2012 ini melalui YouTube Rewind.
Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin tidak perlu diberitahu lagi, dimana video terhangat sepanjang tahun ini adalah daripada PSY – Gangnam Style.
YouTube berkembang secara pesat sepanjang tahun ini, dimana mengikut statistik yang dikeluarkan pengguna menonton sehingga 4 bilion jam untuk sebulan.
Di Malaysia sendiri, YouTube telah melancarkan YouTube Malaysia, memfokuskan kepada kandungan yang dibangunkan oleh pengguna tempatan, disamping turut melancarkan sokongan YouTube Partners di Malaysia.
Jadi, apakah video terhangat di Malaysia sepanjang tahun 2012?
Najwa Latif dan Sleeq berjaya menjadi video tempatan paling popular.
Video muzik Untuk Dia yang ketika ini mempunyai 10.4 juta tontonan merupakan satu satunya video muzik tempatan yang berjaya memecah tontontan sebanyak lapan angka.
Muara Hati dendangan Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip menduduki tangga kesembilan paling popular dengan 3.7 juta tontotan setakat ini — boleh tahan untuk sebuah video baru.
PSY – Gangnam Style
Sleeq & Najwa Latif – Untuk Dia
Bigbang – Fantastic Baby
PSY (ft Hyuna) – ?? ? ? ???
Orang Sabah Style
Maher Zain – Number One For Me
Bigbang – Blue
KL Style (Gangnam Style Parody)
Hafiz & Siti Nurhaliza – Muara Hati
Upin & Ipin 2012 – Tangkap Dia

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story