TERKINI: Peguam Negara memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ini bagi memberikan masa untuk mengkaji kebimbangan undang-undang yang telah dibangkitkan dalam kes-kes ini.
——————————————————————–
Wah ada perkembangan ‘hebat’ mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hari ini.
Ramai pesalah mengadu yang kes mereka telah ditangguhkan untuk didengar di mahkamah, apa maksudnya itu agaknya?
Adakah kerana masalah sistem, rasanya tak mungkin.
Atau mungkinkah ada sesuatu yang berlaku terutama di peringkat ‘perundangan’ hingga menyebabkan sebutan-sebutan dan pembayaran saman telah ‘dihentikan’ buat sementara ini?
Haa…yang itu ada kemungkinan.
Maklumlah rasanya macam ada banyak lompong dari sudut teknikal perlaksanaan AES ini.
Tak payah pergi jauhlah…dengar kata tiang AES tu sendiri pun bermasalah. Betulkah?
Adakah ia menepati piawaian dan kualiti yang diperlukan?
Dengan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini, andai kata ia TUMBANG dan menimpa pengguna jalan raya sebagai contoh, siapa nak bertanggung jawab?
Adakah pihak yang memasang AES dah kaji ketahanannya atau kualiti tiang-tiang kamera itu sendiri?
Kalau dah memang dikatakan kualitinya bagus, apa buktinya? Siapa pembuatnya? Siapa pula yang mengesahkannya?
Itu baru bab tiang. Ni belum masuk bab yang lebih teknikal terutama bab perundangan yang kita tahu sangat subjektif dan sangat teknikal sifatnya.
Kita difahamkan kira-kira 10, 000 pemandu sudah membayar saman mereka di bawah AES sejak ia dilaksanakan 23 September lepas .
JPJ berkata ia juga mengeluarkan hampir 300, 000 saman sejak tarikh itu.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan berkata awal bulan ini bilangan kesalahan trafik menurun sebanyak tiga perempat semenjak kamera AES digunakan.
“Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya ” katanya dipetik dari agensi berita Bernama.
Daripada 14 kamera yang sudah dipasang di seluruh negara, tujuh di Perak dua di Selangor dan lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Empat kamera lagi adalah unit mudah alih.
Tetapi polis mengumumkan ia akan mengekalkan perangkap kelajuan bersama-sama AES untuk menangkap pemandu memandu laju, kata timbalan menteri kepada Parlimen bulan lepas.
Ini lagilah menimbulkan kontroversi dan mencetuskan lebih banyak bantahan orang ramai kepada kamera baru yang dipasang di lebuh raya dan jalan awam lain.
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia PDRM walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik AES dikuatkuasakan.
“Pendekatan sekarang yang digunakan oleh polis akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ ” kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjawab soalan di Parlimen pada 5 November lalu.
Timbalan menteri itu menegaskan penggunaan kamera AES dan perangkap kelajuan polis akan membantu mengurangkan kadar kemalangan negara dengan meningkatkan kesedaran dan “persepsi ditangkap”.
Beberapa ahli parlimen berhujah bahawa AES hanya akan memberi manfaat kepada dua syarikat menjalankan sistem tersebut — Beta Tegap dan Ates — oleh kerana syarikat tersebut didakwa akan mendapat RM16 dari setiap saman yang dikeluarkan oleh sistem.
Apapun kita tunggu dan lihat…di mana kesudahan episod AES ini.
Kita tahu niat pemasangannya bagus, tetapi niat juga tidak boleh menghalalkan cara.
Mungkin hujah kami lemah dan dangkal sifatnya…hujah anda pula bagaimana?sumber
0 comments:
Post a Comment