Replika Taj Mahal bernilai RM55 juta


Golongan lelaki kini berpeluang membeli 'Taj Mahal' dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal.
 
Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter.

Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat.

"Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal.

"Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas," kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa.

"Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika."Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta)," ujarnya.[utusan]

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story