Wanita paling seksis di dunia


Aktres terkenal Bollywood, Katrina Kaif (gambar) dinobatkan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk kali keempat, sekali gus mengenepikan artis-artis terkemuka Hollywood.
Berdasarkan undian dalam laman web hiburan FHM India, Katrina mengenepikan artis-artis seksi Hollywood seperti Angelina Jolie, Megan Fox dan Blake Lively.

Pelakon berusia 27 tahun itu gembira dengan kepercayaan yang diberikan peminat yang memilihnya sebagai wanita paling seksi.

"Saya percaya mereka bukan sekadar menilai bentuk fizikal, tetapi turut menilai secara keseluruhan termasuk kecantikan dalam diri.

"Seksi tidak terletak pada pakaian. Bagi saya, seksi yang sebenar adalah ketika memakai sari tanpa mengenakan alat solek," katanya.

Turut berada dalam 10 senarai teratas undian itu ialah aktres Kareena Kapoor, Vidya Balan, Priyanka Chopra dan Kelly Brook.[sumber]

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story