Shila Amzah Bakal Buat Persembahan Di Amerika!

Shila Amzah Bakal Buat Persembahan Di Amerika!

Semakin hari bakat Shila Amzah semakin mendapat perhatian ramai.
Walaupun terlibat dengan bermacam kisah kontorversi bersama teman lelakinya, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam bidang nyanyian.
Terbaru teman wanita kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad ini akan berangkat ke Amerika Syarikat untuk mengadakan persembahan di anugerah World Music Award (WMA 2012)!
Wow! Hebat sungguh penangan Shila ini. Tidak sangka anak kepada penyanyi ND Lala ini berjaya sampai ke tahap yang amat membanggakan rakyat Malaysia.
Dikhabarkan Shila yang akan bertolak pada malam ini bersama ibu dan juga ayahnya.
Lebih istimewa kerana dia bukan saja diberi penghargaan membuat persembahan, tetapi Shila juga turut dicalonkan untuk dua kategori iaitu Artis Wanita Terbaik Dunia dan Penghibur Terbaik Dunia 2012.
Dalam kedua-dua kategori itu Shila akan bersaing dengan nama-nama besar antarabangsa seperti Rihanna, Adele, Madonna, Alicia Key, Katy Perry, Kelly Clarkson dan Jesie J.
Tahniah Shila! Kejayaan anda sebagai penyanyi yang berhijab patut dicontohi oleh artis-artis yang baru nak meningkat naik.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 22 tahun itu bakal mengadakan konsert sempena Gala Amal Pamoga-Gaza pada 29 Disember ini di One World Hotel.
Semoga Shila dapat menggondol salah satu daripada anugerah itu nanti. Siapa tahu bukan?
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story