Datuk Siti Minta Maaf Kepada Peminatnya

Datuk Siti Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin memohon maaf kepada seluruh peminatnya di tanah air kerana tidak dapat memberikan gambar terkini keadaan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Siti terpaksa berbuat demikian demi menghormati permintaan suaminya yang mahukan pravisi.
Ucapan maaf itu disampaikan Siti sendiri melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada akhbar Kosmo!, semalam.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.
“Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K,” tulisnya.
Sebelum ini, Datuk K telah terlibat dalam kemalangan di New Zealand sewaktu sedang bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar.
Akibat kemalangan tersebut, ahli perniagaan terkenal itu patah bahu, kaki, tangan dan mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang badan.
Walaubagaimanapun Datuk K dimaklumkan stabil.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story