2 Pereka Fesyen Tidak Puas Hati Dengan Alyah

Tidak Puas Hati Dengan Alyah

Semalam, penulis ada perasan yang pereka fesyen, Hatta Dolmat ada menyatakan tidak puas hati dengan seorang penyanyi wanita ini menerusi Twitternya.
Namun, penulis tidak tahu kisah sebenar disebalik kenyataan yang dilemparkan Hatta.
Namun, hari ini menerusi Rotikaya, barulah penulis sedar yang sebenarnya Hatta kecewa kerana Alyah tidak memakai busana yang direkanya pada malam Anugerah Planet Muzik 2012 yang berlangsung di Singapore, Sabtu lalu.
Menurut Hatta, Alyah seperti ‘mengejar’ baju rekaannya. Tetapi apabila sudah siap tidak dipakai pula.
Sudahlah Alyah tidak memakai baju yang dibuat khas untuknya, malah tiada penjelasan yang kukuh diberikan Alyah mengapa dia tidak mengenakan baju berkeaan.
Lebih memeranjatkan kerana bukan baju rekaan Hatta saja yang tidak dipakainya, malah baju daripada Rizman Ruzaini juga turut mengalami situasi sama.
Menjadi lebih terkilan apabila tiada permohonan maaf dibuat oleh Alyah.
Ikuti diantara luahan perasaan dua pereka fesyen ini menerusi Twitter mereka.
Diharapkan Alyah dan mereka dapat berbaik semula dan menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story