Vokalis Coldplay Nyaris Bakar Rumah Sendiri

Chris Martin

Baru-baru ini, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin nyaris membakar kediamannya buat kali kedua.
Kejadian itu berlaku gara-gara dia cuba memasak di dapur.
Dalam laporan NME, isterinya, Gwyneth Paltrow memberitahu kejadian rumah mereka hampir terbakar itu telah terjadi sebanyak dua kali.
“Dua kali dia cuba memasak dan dapur hampir terbakar sehingga menyebabkan pasukan pemadam api datang ke rumah kami,” katanya.
Gara-gara kejadian tersebut, Paltrow berkata, rumah mereka yang terletak di London telah dilengkapi dengan alat pemadam api kerana bimbang ia akan terjadi sekali lagi.
Tambahnya, dia sentiasa dalam keadaan sedia untuk mendail pihak bomba setiap kali suaminya itu cuba memasak.
Kelakar juga hal yang berlaku pada mereka berdua ini..
Apalah yang dibuat Chris sehingga mengakibatkan rumahnya hampir terbakar itu ye..
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story