KUALA LUMPUR – Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulangkan wang saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada pengguna jalan raya.
Pengarahnya, Ahmad Zamri As’aad Khuzaimi mendakwa, pendakwaan yang dilakukan JPJ sebelum ini terbukti bercanggah dengan undang-undang selepas beberapa individu yang dikenakan saman itu dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah.
“Justeru kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui keesahannya dan boleh dicabar di Mahkamah.
“Oleh itu Juham menggesa JPJ memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Zamri mendakwa, Juham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap JPJ jika enggan memulangkan wang saman itu kepada pengguna jalan raya terlibat.
0 comments:
Post a Comment